liqa IPOH, PERAK - 11 OKTOBER 2019: Program Liqa’ Mahabbah Jabatan-jabatan Mufti Semalaysia telah berakhir dengan jayanya semalam. Program dwi-tahunan ini merupakan program pertandingan sukan permainan luaran dan dalaman yang melibatkan pegawai dan kakitangan jabatan-jabatan mufti semalaysia. Negeri Perak terpilih sebagai tuan rumah untuk edisi kali ini. Pada kali ini juga program ini telah dilebarkan penyertaannya di seluruh Malaysia.

Terdapat 6 jenis sukan permainan yang dipertandingkan sepanjang 3 hari program ini iaitu badminton, futsal, ping pong, congkak, karom dan boling. Turut dipertandingkan ialah acara perbarisan kontinjen terbaik. Program membuka tirai pada pagi Jumaat lalu melalui acara pembukaan yang telah dirasmikan oleh S.S. Tan Sri Dato’ Sri (Dr) Haji Harusani Bin Haji Zakaria mufti Negeri Perak . Ia diikuti dengan acara ping pong, congkak dan karom pada hari tersebut. Program bersambung dengan acara bowling pada malam tersebut dan diikuti acara badminton pada keesokkan harinya. Pada hari ahad pagi disambung dengan acara futsal dan juga majlis penutup pada petangnya. Buat julung-julung kalinya program Liqa’ Mahabbah mengadakan ceramah bersama Mufti-mufti seluruh Malaysia yang diadaakan disekitar masjid Ipoh Perak. Tajuk yang dianjurkan bersama Mufti-mufti ialah ‘’Membina Kesepaduan Ummah”.

Juara keseluruhan telah disandang oleh Negeri Perlis yang telah merangkul 3 pingat emas dalam acara badminton,karom dan juga futsal manakala acara congkak mendapat pingat perak dalam acara tersebut. Jabatan Mufti Negeri Perak telah menyandang tempat ketiga keseluruhan dan menangi 1 pingat emas dalam acara bowling lelaki diikuti dengan 1 pingat perak dalam acara badminton dan tidak lupa juga 2 pingat gangsa dalam acara congkak dan juga bowling wanita. Negeri Terengganu telah mendapat kontinjen terbaik dan juga menyandang tempat kedua dalam keseluruhan. Program Liqa’ Mahabbah pada tahun ini amat sengit kerana melibatkan seluruh jabatan mufti di Malaysia . Tahniah diucapkan kepada juara pada kali ini dan syabas kepada negeri Perak telah berjaya melancarkan program Liqa’ Mahabbah jabatan-jabatan mufti semalaysia pada tahun 2019 dengan jayanya! Semoga berjumpa kita pada tahun 2022

1 2 3
1 2 3

Sumber: Bahagian Pentadbiran, Jabatan Mufti Negeri Perak.

Cetak

FaLang translation system by Faboba