Harussani: Melayu belum merdeka

Pengkalan Hulu 24 Rejab 1426H @ 29 Ogos 2005 (Isnin) - Biarpun negara sudah merayakan ulang tahun kemerdekaannya selama 47 kali dan beberapa hari lagi akan menyambut ulang tahun yang ke 48, namun bagi SS Mufti Negeri Perak, orang-orang Melayu di negara ini masih belum merdeka.

Kenyataan SS Mufti itu merujuk kepada nasib umat Melayu di negara ini yang masih tidak banyak berubah dalam usaha kembali kepada zaman kegemilangan yang pernah dicapai suatu masa dahulu.

Menurutnya, orang-orang Melayu tidak mahu berubah kepada satu kesatuan Melayu yang unggul dan dikagumi. Mereka hidup berpecahbelah dalam pelbagai sudut, sama ada ekonomi, sosial mahupun politik.

Menurut beliau lagi, ada di kalangan mereka yang berkuasa cuba untuk menafikan hak orang Melayu yang berlainan mazhab politiknya. Beliau merujuk kepada Kerajaan Terengganu yang kehilangan royalti minyaknya.

Copyright © 2004 Jabatan Mufti Negeri Perak
 

 

Justeru itu taraf kehidupan orang-orang Melayu tidak banyak berubah. Apa yang lebih malang lagi ada pihak mengambil kesempatan ini dengan menyesatkan orang Melayu lain dengan kehidupan beragama yang bertoleransi dan moden. Akhirnya mereka disesatkan dan menjadi pengikut agama sesat seperti Ayah Pin.

Nasib orang Melayu akan terus dirundung malang, kiranya mereka tidak mahu bersatu dari pelbagai sudut termasuklah agama dan fahaman politik.

Haruusani berkata demikian ketika menyampaikan 'executive talk' di Dewan Bandaran, Pengkalan Hulu pagi tadi - JMNPk