GERHANA BULAN 8 SEPTEMBER 2006

Ipoh 15 Syaaban 1427H @ 8 September 2006 (Jumaat) - Satu aktiviti cerapan gerhana bulan telah diadakan di perkarangan Masjid Sultan Azlan Shah, Jalan Diary Ipoh.

Program cerapan ini merupakan program yang julung kali diadakan telah mendapat kerjasama dari Institut Tadbiran Islam Perak (INTIM) dan pihak pengurusan Masjid Sultan Azkan Shah.

Bermula dari jam 2200 program ini dimulakan dengan taklimat berkenaan fenomena berlakunya gerhana oleh Ustaz Faizal b Jani dan imbasan pengalaman cerapan matahari di Manavgat, Turkey oleh Ustaz Shahudin b Osman.

Program ini yang khusus diadakan untuk pendedahan kepada pelajar sekolah bagaimana dan apa yang perlu dilakukan oleh umat Islam semasa kejadian gerhana telah disertai oleh beberapa sekolah yang berdekatan seperti SMA Izzuddin Shah Ipoh, SMA Idrisiah Kuala Kangsar, SMA Raja Dr Nazrin Shah Kg Gajah dan SM Gunung Besout.
 

Copyright © 2004 Jabatan Mufti Negeri Perak
 

 

Selain penuntut sekolah, terdapat juga penuntut-penuntut institusi yang turut hadir pada program tersebut. Antaranya Politeknik Ungku Omar dan Kolej Islam Darul Ridzuan. Ada dikalangan peserta program ini turut serta menunggu hingga jam 3 pagi bagi mendapatkan gambaran dan rakaman imej gerhana untuk koleksi masing-masing.

Secara umumnya, program singkat yang diadakan ini dianggap berjaya menarik minat terutamanya pelajar sekolah dan penuntut ipt untuk terlibat dan ia akan menjadi satu tapak permulaan bagi menganjurkan pelbagai aktiviti falak di negeri Perak.

"InsyaAllah kita akan terus melaksanakan aktiviti seperti ini untuk memberi pendedahan kepada pelajar dan masyarakat setempat tentang ilmu falak." jelas Ustaz Faizal Pegawai Falak & Sumber Maklumat Jabatan Mufti Negeri Perak. - JMNPk