Unit Pusat Sumber - Tugas dan Tanggungjawab
  1. Menolong menyelaras soal jawab agama melalui emel Jabatan Mufti.
  2. Menolong mendokumen soal jawab agama dari radio Perak FM.
  3. Menolong menyelaras perpustakaan Jabatan melalui komputer.
  4. Menolong mengurus pembelian buku di dalam perpustakaan Jabatan.
  5. Menolong mengumpul dan menjilid keratan akhbar yang berkaitan dengan berita dan aktiviti jabatan.
  6. Menolong mengurus peminjaman dan pemulangan bahan-bahan perpustakaan.
  7. Menolong memastikan kemudahan bilik perpustakaan diselia dengan baik.

Unit Teknologi Maklumat - Tugas dan Tanggungjawab
  1. Menyediakan penyaluran maklumat yang lebih efisyen kepada pengguna.
  2. Menyediakan perkhidmatan ICT merangkumi perkakasan dan perisian, rangkaian, keselamatan ICT dan perkara-perkara lain yang berkaitan.
  3. Membangun dan mengembang teknologi ICT yang bersesuaian dengan kehendak semasa.
  4. Memastikan kualiti, keselamatan ICT dan integriti maklumat jabatan terjamin.
  5. Melaksanakan arahan dari semasa ke semasa.

Cetak Emel

Unit Pentadbiran - Tugas dan Tanggungjawab
  1. Mengatur dan menguruskan hal-hal perkhidmatan anggota perkhidmatan seperti cuti, latihan dalam perkhidmatan, kursus, rekod perkhidmatan, rekod cuti, perlantikan, pengesahan dalam jawatan, kenaikan pangkat, peperiksaan, pinjaman perumahan, pinjaman komputer, pinjaman kenderaan serta lain-lain yang berkaitan dengan perkhidmatan anggota
  2. Menyelenggara fail-fail anggota perkhidmatan dan lain-lain fail Jabatan, termasuklah soal pemuliharaan dan rekod Arkib
  3. Menguruskan tindakan tatatertib dan kenaikan pangkat bagi anggota perkhidmatan yang terlibat (jika ada)
  4. Merancang dan melaksanakan pentadbiran dalaman yang sistematik
  5. Melaksanakan perkembangan ICT dan penyelenggaran kemudahan prasarana sesuai dengan kehendak perubahan masa
  6. Menyelaras fungsi lain-lain unit

Unit Kewangan - Tugas dan Tanggungjawab
  1. Menyediakan anggaran dan perbelanjaan Jabatan tahunan
  2. Menguruskan perolehan dan pembelian Jabatan yang telah diluluskan melalui ABM setiap tahun
  3. Mengendalikan sistem pendaftaran harta modal dan penyelenggaraan kenderaan Jabatan
  4. Melaksanakan pembelian dan perbelanjaan yang diperlukan oleh Jabatan

Cetak Emel

Objektif
Membantu Mufti dalam menguruskan isu-isu Falak, menginstitusikan Bahagian Falak sebagai pusat rujukan, pendidikan dan penyelidikan dalam isu-isu yang berkaitan ilmu Falak serta melahirkan masyarakat celik Falak dan ahli Falak yang berkemahiran tinggi.

Unit Kiblat dan Cerapan
Bertanggungjawab menentu, mengesah atau menyemak arah kiblat masjid, surau, musolla dan tanah perkuburan Islam, melaksanakan majlis cerapan hilal rasmi (Ramadan, Syawal, Zulhijjah), program cerapan hilal bulanan serta cerapan gerhana bulan, gerhana matahari, planet dan buruj. Sementara itu, membuat laporan terhadap cerapan-cerapan yang telah dilakukan serta mengurus dan menyelenggara Baitul Hilal, stor simpanan, artifak dan peralatan Falak.

Unit Takwim dan Keurusetiaan
Berperanan menyusun dan mengesahkan takwim solat serta almanak Negeri Perak tahunan. Selain itu, menganjurkan bengkel, kursus dan seminar pendidikan Falak peringkat negeri serta kebangsaan. Seterusnya, menjadi urus setia bagi Mesyuarat Jawatankuasa Falak Negeri Perak, Mesyuarat Pembinaan Kompleks Balai Cerap Negeri Perak dan Mesyuarat Jawatankuasa Rukyah Hilal Ramadan, Syawal, Zulhijjah. Dalam pada itu, menjalankan kajian berkenaan isu-isu falak dan syarak yang timbul serta menguruskan pameran-pameran Falak.

Cetak Emel

Carta Organisasi Bahagian Fatwa Klik sini!
Unit Fatwa - Tugas dan Tanggungjawab
  1. Membantu S.S. Mufti menjawab kemusykilan agama bertulis, e-mail dan pemohon datang sendiri serta soalan telefon setiap hari.
  2. Mengadakan Muzakarah Ulama’ peringkat Nasional pada setiap tahun sempena keputeraan DYMM Paduka Seri Sultan Perak.
  3. Menerima jemputan dari berbagai-bagai pihak untuk menjelaskan isu-isu agama setempat menerusi sesi ceramah dan kuliah di masjid-masjid, surau dan jabatan-jabatan kerajaan.
  4. Mengadakan sesi kaunseling hukum.
  5. Mewartakan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa.
  6. Membantu S.S. Mufti menyediakan kertas-kertas kerja seminar.
  7. Mengatur dan menguruskan mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Mengkaji, menganalisis kertas-kertas kerja yang dibincang dalam mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak.
Unit Istinbat - Tugas dan Tanggungjawab
  1. Mengadakan sesi penerangan menjelaskan permasalahan agama menerusi Program Munaqasyah serta ceramah umum serta menerbitkan risalah-risalah penerangan.
  2. Mengadakan Wacana Ilmu serta kursus pemantapan ilmu (Tafaqquh Fiddin) kepada Pegawai – pegawai Tadbir Agama Daerah / Hakim-hakim Syarie Negeri Perak dan Guru-guru Tauliah.
  3. Mengadakan Program Ijtima’ bagi pemantapan ilmu dalam menangani isu-isu semasa kepada Guru-guru Agama bertauliah seluruh Negeri Perak menerusi Program Ijtima’ mengikut zon.
  4. Membuat pengambilan Guru Agama bertauliah disamping melaksanakan tugas-tugas pemantauan.
  5. Menyemak dan menyedia khutbah-khutbah Jumaat.
  6. Membuat pemilihan seorang ulama’ sebagai tokoh Maal Hijrah peringkat Negeri Perak Darul Ridzuan.
  7. Mengadakan “Executive Talk” kepada ketua-ketua jabatan peringkat daerah.

Cetak Emel