DATO' HJ. ZAMRI BIN HASHIM
  Timbalan Mufti Negeri Perak - S54
  Jabatan Mufti Negeri Perak
Tingkat 5, Kompleks Islam,
Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab,
30000 Ipoh, Perak
  Tel.: 05 - 254 5332   Faks: 05 - 241 9694

Peranan dan tanggungjawab CIO adalah seperti berikut:
  1. Membantu Jabatan Mufti Negeri Perak dalam melaksanakan tugas - tugas yang melibatkan keselamatan ICT;
  2. Menentukan keperluan keselamatan ICT;
  3. Menyelaras dan mengurus pelan latihan dan program kesedaran keselamatan ICT seperti penyediaan Dasar Keselamatan ICT serta pengurusan risiko dan pengauditan;
  4. Bertanggungjawab ke atas perkara - perkara yang berkaitan dengan keselamatan ICT Jabatan Mufti Negeri Perak.
  • Maklumat boleh diperolehi di Sistem Maklumat CIO Sektor Awam, MAMPU seperti di pautan berikut: http://aplikasi.mampu.gov.my/mycio/senarai_cio.php

Cetak Emel

ENAKMEN 4 TAHUN 2004
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (PERAK) 2004

BAHAGIAN III - PELANTIKAN MUFTI, KUASA DALAM HAL EHWAL AGAMA, JAWATANKUASA FATWA DAN FATWA YANG BERHUBUNGAN DENGAN KEPENTINGAN NASIONAL


Seksyen 35. Jawatankuasa Fatwa.

(1) Maka hendaklah ada suatu jawatankuasa bernama Jawatankuasa Fatwa.

(2) Jawatankuasa hendaklah terdiri daripada:-

(a) Mufti, sebagai Pengerusi;
(b) Timbalan Mufti;
(c) dua orang anggota Majlis yang arif dalam Hukum Syarak yang dinamakan oleh Majlis;
(d) seorang pegawai daripada Jabatan Agama Islam Perak yang layak dan sesuai yang dinamakan oleh Pengarah Jabatan iu;
(e) tidak kurang daripada dua orang dan tidak lebih daripada lima orang yang layak dan sesuai yang arif dalam Hukum Syarak yang hendaklah dilantik oleh Majlis; dan
(f) seorang pegawai daripada Jabatan Mufti yang dilanyik oleh Majlis, yang hendaklah menjadi Setiausaha.

(3) Mana-mana orang yang, sebaik sebelum seksyen ini mula berkuat kuasa, menjadi anggota Jawatankuasa Syariah yang ditubuhkan di bawah Enakmen terdahulu hendaklah, tertakluk kepada subseksyen (4), disifatkan telah dinamakan atau dilantik menjadi anggota Jawatankuasa Fatwa sehingga habis tempoh pelantikannya di bawah Enakmen yang terdahulu.

(4) Subseksyen (3) tidak terpakai bagi mana-mana orang, kecuali Mufti, yang menjadi anggota Jawatankusa Syariah yang disebut dalam subseksyen (3) atas nama jawatan.

(5) Jawatankusa Fatwa boleh, tertakluk kepada Enakmen ini, memutuskan segala persoalan yang berhubungan dengan tatacara dan amalannya.

Cetak Emel