Tujuan
Polisi ini diwujudkan bagi menetapkan peraturan dan prosedur untuk mengakses ke Bilik Server, Jabatan Mufti Negeri Perak.

Skop
Bilik Server, Jabatan Mufti Negeri Perak merupakan kawasan akses yang terhad. Kebenaran hanya diberikan kepada kakitangan Unit Teknologi Maklumat, Jabatan Mufti Negeri Perak yang memerlukan akses dengan kekerapan yang tinggi untuk menggunakan Bilik Server. Kakitangan dikehendaki mengisi Buku Daftar Pelawat Bilik Server JMNPK bagi mendapatkan akses ke Bilik Server dan permohonan tersebut perlu mendapat kelulusan dari Pentadbir Bilik Server.

Penyata Dasar
Hanya satu prosedur yang telah ditetapkan bagi mengakses ke Bilik Server iaitu Daftar Pelawat. Daftar pelawat ini dikhususkan untuk kakitangan Unit Teknologi Maklumat, Jabatan Mufti Negeri Perak, kontraktor atau kakitangan perkhidmatan yang dibenarkan. Prosedur yang ditetapkan adalah seperti berikut:
  • Daftar Pelawat
    • Pelawat diklasifikasikan sebagai kakitangan Unit Teknologi Maklumat, Jabatan Mufti Negeri Perak atau kontraktor atau kakitangan perkhidmatan lain yang dibenarkan memasuki Bilik Server dengan diiringi kakitangan yang mentadbir Bilik Server. Pelawat dikehendaki mengisi buku Daftar Pelawat yang mengandungi butiran keluar/masuk Bilik Server termasuk nama, nombor kad pengenalan, jabatan/syarikat, tarikh masuk, masa masuk, tarikh keluar, masa keluar, tujuan, tandatangan pelawat dan tandatangan pengiring.
Penguatkuasaan
Setiap individu yang memerlukan akses ke Bilik Server perlu mematuhi segala polisi yang telah ditetapkan bagi menjamin keselamatan bilik server.

Cetak Emel

Tujuan
Polisi ini diwujudkan bagi menetapkan peraturan dan prosedur akses serta peminjaman dan pemulangan Bahan-bahan Rujukan di Maktabah, Jabatan Mufti Negeri Perak.

Skop
Maktabah Jabatan Mufti Negeri Perak merupakan kawasan akses yang terhad. Kebenaran hanya diberikan kepada kakitangan Jabatan Mufti Negeri Perak sahaja yang memerlukan akses berterusan bagi menggunakan Maktabah. Kakitangan jabatan/agensi lain dikehendaki membuat permohonan bagi mendapatkan akses ke Maktabah dan permohonan tersebut perlu mendapat kelulusan daripada Ketua Bahagian Maktabah, Jabatan Mufti Negeri Perak.

Bahan-bahan Rujukan Maktabah seperti buku, koleksi fatwa, buletin dan kertas kerja juga merupakan aset dan hak milik jabatan di bawah seliaan Unit Pusat Sumber. Sebarang pengambilan, peminjaman dan pemulangan buku tersebut perlu direkod di dalam Buku Rekod Daftar Bahan-bahan Rujukan.

Penyata Dasar
Sebarang pengambilan atau peminjaman Bahan-bahan Rujukan Maktabah hendaklah direkod nama peminjam, agensi/jabatan/bahagian peminjam, tajuk/judul buku, tarikh buku dipinjam dan ditandatangani oleh peminjam di dalam Buku Rekod Daftar Bahan-bahan Rujukan Maktabah. Tempoh maksimum pinjaman Bahan-bahan Rujukan yang dibenarkan ialah selama 2 minggu sahaja. Sebarang penambahan tempoh pinjaman perlu mendapat kebenaran Ketua Bahagian Maktabah.

Begitu juga sebarang pemulangan Bahan-bahan Rujukan perlu ditandatangani dan direkod tarikh pemulangan tersebut dalam Buku Rekod Daftar Bahan-bahan Rujukan Maktabah. Mana-mana pegawai/kakitangan yang menghilangkan Bahan-bahan Rujukan Maktabah akan didenda iaitu mengganti semula atau membayar harga yang sama bahan yang hilang tersebut.

Penguatkuasaan
Individu yang memerlukan akses ke Maktabah dan akses bahan-bahan rujukan Maktabah haruslah mematuhi polisi yang telah ditetapkan bagi menjamin keselamatan Maktabah dan bahan-bahan rujukannya.

Cetak Emel

Jabatan Mufti Perak mengalu-alukan penyertaan secara elektronik semua pengguna sebagai salah satu faktor penting dalam proses membuat keputusan, dan dengan sukacitanya menerima komen dan pandangan anda. Dalam usaha untuk menyediakan anda dengan maklumat terkini dan peluang untuk menyertai dalam proses membangun dan meningkatkan perkhidmatan kami, laman web kami menggunapakai beberapa alat untuk meningkatkan komunikasi seperti undian dan kajian selidik dalam talian.

Di samping itu, laman web ini membolehkan penciptaan laman rasmi di laman rangkaian media sosial seperti Facebook dan saluran YouTube. Jabatan Mufti Perak mempunyai hak penuh untuk mengharamkan atau memadam sebarang komen atau bahan-bahan yang melanggar dan bercanggah dengan terma dan syarat yang dinyatakan untuk kegunaan media sosial, termasuk komen-komen seperti berikut:
  1. Menggalakkan diskriminasi.
  2. Menggalakkan aktiviti haram.
  3. Melanggar sebarang hak harta undang-undang atau intelek.
  4. Melibatkan ancaman kepada keselamatan.
  5. Melanggar Hak privasi orang lain.
  6. Melanggar undang-undang, peraturan-peraturan dan dasar.
  7. Mengelak daripada membincangkan isu-isu politik.
  8. Gunakan bahasa yang sesuai.
Polisi ini berkuatkuasa pada 15/4/2016 - Jabatan Mufti Negeri Perak.

Cetak Emel

FaLang translation system by Faboba