1) Menjawab pertanyaan tentang hukum dan kemusykilan agama.
2) Membuat penyelidikan dan menyediakan kertas kerja berkaitan permasalahan hukum untuk dibentangkan dalam mesyuarat Lembaga Fatwa Negeri Perak.
3) Menjadi rujukan terakhir perundangan syariah.
4) Memberi pandangan hukum berkaitan permohonan mendirikan solat Jumaat, menaik taraf surau ke masjid dan perobohan masjid/surau.
5) Melakukan cerapan hilal bulan Ramadhan, Syawal dan Zulhijjah bagi menentukan tarikh permulaan berpuasa, hari raya Aidilfitri dan Aidiladha.
6) Menentu dan mengesahkan arah kiblat di negeri Perak.
7) Menyediakan data takwim Islam, waktu solat, berbuka dan imsak.