Cara Membelanjakan Wang Faedah Bank

Permasalahan
Allah SWT telah mengharamkan riba. Terdapat banyak istilah mengelirukan masyarakat Islam yang digunakan untuk menggantikan perkataan riba seperti bunga dan faedah walaupun hakikatnya adalah sama.
Wang faedah yang diperolehi daripada wang yang disimpan di dalam bank konvensional adalah termasuk dalam istilah riba yang diharamkan oleh Islam. Apakah langkah yang sepatutnya dilakukan dalam membelanjakan wang-wang faedah tersebut?

Keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Syariah Negeri Perak
Mesyuarat Jawatankuasa Syariah yang bersidang pada hari ini 2 Rejab 1420H bersamaan 12 Oktober 1999 buat kali ke 147 berpandangan:-
Wang faedah simpanan bank boleh digunakan untuk perkara-perkara yang hina dan digunakan untuk maslahat umum seperti membina pagar dan pintu pagar masjid, membina tempat letak kereta (untuk kegunaan ramai), membina jalan, tandas dan sebagainya yang bersangkutan dengan kepentingan ramai.

Cetak Emel