|
Ilmu
falak sebenarnya telah menjalinkan hubungan di antara agama dan
sains. Dahulu masyarakat keliru dan menjauhi dengan ilmu falak
dengan mendakwa ia merupalan cabang dari ilmu nujum ( Astrologi ).
Pada 1920-an ia diaktifkan semula tetapi hanya meliputi aspek takwim
dan arah kiblat. Pada 1980-an ilmu falak dianggap ilmu yang
berasingan dari ilmu astronomi. Astronomi dianggap ilmu falak moden
yang tiada kaitannya dengan ibadah. Walau bagaimanapun fahaman ini
semakin terhakis dengan perkembangan ilmu falak.
Pengertian Ilmu falak
Bahasa
:
Falak berasal dari perkataan Sumerian iaitu Pilak yang bermaksud
sesuatu yang berputar.
Istilah :
Ikwan As-Safa ( Rassaa-il Ikwan As-Shafa ) menyatakan bahawa ilmu
falak ialah ilmu yang mengkaji tentang tatasuria, menghitung jumlah
bintang, mengukur pembahagian gugusan-gugusan bintang, jarak, saiz
dan pergerakan badan-badan cakerawala serta mengetahui segala
sesuatu yang berhubungan dengannya.
Dalil-dalil dari al-Quran:
i.
Surah Yassin: 60:
Tidaklah mungkin bagi matahari mendapatkan bulan dan malam pun
tidak dapat mendahului siang. Dan masing-masing beredar pada garis
peredarannya.
ii.
Surah al-Anbiya:33:
Dan dialah ( Allah ) yang telah menciptakan malam dan siang,
matahari dan bulan, masing-masing dari keduannya itu beredar di
garisan peredarannya.
|