Selamat Melayari Laman Web Unit Falak Syarie Jabatan Mufti Negeri Perak Darul Ridzuan... Semoga Anda Mendapat Manfaat Dan Sebarang Cadangan.. Sila Email Ke ---> falakperak@yahoo.com ... Terima Kasih.
         
KEMBALI TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB UNIT FALAK SYARIE
 
TAKWIM SOLAT  

Menyediakan Takwim Hijri untuk seluruh di negeri Perak.

Menyediakan Takwim Solat untuk seluruh negeri Perak.

Menyediakan jadual berbuka puasa dan imsak bagi bulan Ramadhan.

Menjalankan kajian dari masa ke semasa mengenai pembahagian zon-zon waktu solat di negeri Perak

RUKYAH

Cerapan Anak Bulan :

1. Zulhijjah

2. Sya’ban

3. Ramadhan

4. Syawal

Mengedarkan risalah berkaitan kedudukan Anak Bulan Ramadhan dan Syawal kepada masyarakat.

Melakukan cerapan pada tiap-tiap bulan.
 

QIBLAT

Mengesahkan kedudukan arah qiblat bagi seluruh negeri Perak

Mengadakan program Muzakarah mengenai Penentuan Arah Qiblat dengan Institut Tanah dan Ukur Negara ( INSTUN )

Memaklumkan kepada masyarakat berkenaan tarikh untuk menentukan arah qiblat
 

ASTRONOMI ISLAM

Menulis dan mengedarkan artikel-artikel yang berkaitan dengan astronomi Islam.

Mengadakan program Ceramah Falak Syarie di sekolah-sekolah dan di institut pengajian tinggi seperti di Madrasah Idrisiah, Bukit Chandan, Kuala Kangsar.

Menganjurkan program Wacana Ilmu berkaitan ilmu penentuan bulan hijriah untuk golongan professional, penuntut IPT dan orang ramai

Menjawab soalan-soalan dan memberikan nasihat khususnya dalam masalah berkaitan Falak dan Syarak secara umumnya.

Memberikan khidmat nasihat dalam penyediaan takwim Hijri dan Miladi kepada institusi dan individu.

Mengadakan program Bengkel Falak Syarie untuk semua kakitangan Jabatan Agama Islam Negeri Perak dan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak.
 


Pengenalan Ilmu Falak

Ilmu falak sebenarnya telah menjalinkan hubungan di antara agama dan sains. Dahulu masyarakat keliru dan menjauhi dengan ilmu falak dengan mendakwa ia merupalan cabang dari ilmu nujum ( Astrologi ). Pada 1920-an ia diaktifkan semula tetapi hanya meliputi aspek takwim dan arah kiblat. Pada 1980-an ilmu falak dianggap ilmu yang berasingan dari ilmu astronomi. Astronomi dianggap ilmu falak moden yang tiada kaitannya dengan ibadah. Walau bagaimanapun fahaman ini semakin terhakis dengan perkembangan ilmu falak.


Pengertian Ilmu falak

Bahasa :
• Falak berasal dari perkataan Sumerian iaitu Pilak yang bermaksud sesuatu yang berputar.

Istilah :
• Ikwan As-Safa ( Rassaa-il Ikwan As-Shafa ) menyatakan bahawa ilmu falak ialah ilmu yang mengkaji tentang tatasuria, menghitung jumlah bintang, mengukur pembahagian gugusan-gugusan bintang, jarak, saiz dan pergerakan badan-badan cakerawala serta mengetahui segala sesuatu yang berhubungan dengannya.

Dalil-dalil dari al-Quran:

i. Surah Yassin: 60:
“ Tidaklah mungkin bagi matahari mendapatkan bulan dan malam pun tidak dapat mendahului siang. Dan masing-masing beredar pada garis peredarannya.”

ii. Surah al-Anbiya’:33:
“ Dan dialah ( Allah ) yang telah menciptakan malam dan siang, matahari dan bulan, masing-masing dari keduannya itu beredar di garisan peredarannya.”