• Utama
  • Rakyat
  • Koleksi Umum
  • Artikel Khas
  • Pandangan Hukum Berkaitan Menghisap Vape (Rokok Elektrik)
Akhir-akhir ini timbul banyak persoalan hukum berkenaan dengan vape (rokok elektrik) oleh orang ramai dari pelbagai peringkat umur dan latar belakang. Justeru pihak Jabatan Mufti Negeri Perak telah berusaha mengkaji dan mendapatkan maklumat berkaitan dengannya bagi menyediakan jawapan dan penjelasan yang tepat dan sesuai kepada persoalan-persoalan tersebut.

Kami telah merujuk beberapa sumber yang dipercayai boleh dijadikan asas dalam memahami isu ini. Dalam sebuah artikel yang dikeluarkan oleh International Union Against Tuberculosis and Lung Disease telah memberikan definisi berkenaan vape atau rokok elektrik ini iaitu:
“Electronic cigarettes (ECs) or electronic nicotine delivery systems (ENDS) may be defined as devices whose function is to vaporize and deliver to the lungs of the user a chemical mixture typically composed of nicotine, propylene glycol and other chemicals,…”

Perkara yang sama turut diakui oleh Ketua Pegawai Perubatan Pusat Saringan Kanser Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM), Dr. Dalilah Kamaruddin bahawa berlaku proses pengewapan cecair nikotin yang dihasilkan oleh rokok elektronik lalu disedut oleh pengguna rokok elektronik berkenaan.

Kedua-duanya mempunyai persamaan yang ketara iaitu digunakan dengan cara disedut wap asap lalu diserap ke bahagian paru-paru. Almarhum Dr. Wahbah al-Zuhailiyy dalam kitabnya berjudul “al-Fiqh al-Islamiyy wa Adillatuhu” jilid 3 di muka surat 110 hingga 111 menyebutkan secara khusus berkenaan rokok dalam subtopik ‘perkara-perkara yang membatalkan puasa menurut Mazhab Syafie’ iaitu:
“Puasa menjadi batal gara-gara menghisap rokok dan sejenisnya (tembakau dan ubat sedut) juga batal kerana memasukkan sesuatu ke dalam otak, perut, usus, dan pundi kencing…. Alasannya ialah semua itu digunakan melalui lubang yang terbuka.”

Rokok diharamkan atas beberapa faktor iaitu mengandungi pelbagai jenis racun seperti nikotin serta bahan-bahan kimia lain yang dipercayai boleh memudaratkan kesihatan. Pelbagai jenis penyakit dikenal pasti yang dikaitkan dengan tabiat merokok seperti penyakit jantung, barah, strok, katarak, kanser mulut dan sebagainya. Tambahan pula, kebanyakan daripada penyakit ini boleh membawa maut. Dalam kaedah Fiqh telah disebutkan:
Maksudnya: Tidak boleh memudaratkan diri sendiri dan tidak boleh memudaratkan orang lain.

Mengenai bahan-bahan yang terkandung dalam vape, sebuah laporan kesihatan yang bertajuk “State Health Officer’s Report on E-Cigarettes” menyebut seperti berikut:
“The heated e-liquid forms an aerosol, not just water vapor,that is inhaled by the user. The aerosol has been found to contain toxic chemicals like formaldehyde, lead, nickel and acetaldehyde all which are found on California’s Proposition 65 list of chemicals known to cause cancer, birth defects and other reproductive harm. These chemicals travel through the circulatory system to the brain and all organs. The aerosol also contains high concentrations of ultrafine particles that are inhaled and become trapped in the lungs.”

Satu kertas kajian bertajuk “Exposure to Electronic Cigarettes Impairs Pulmonary and e-juices with flavorings induce toxicity, oxidative stress and inflammatory response in lung epithelial cells and in mouse lung” menyebut bahawa:
“…. Generated worldwide media coverage with claims that it linked EC (electronic cigarettes) to lung inflammation, lung infection and even lung cancer.”

Adalah tidak menghairankan bahawa rokok elektronik atau vape ini mengandungi bahan-bahan terlarang yang boleh mengundang pelbagai jenis penyakit terutama sekali yang boleh membawa maut. Terdapat alasan yang mengatakan bahawa vape atau rokok elektronik ini membantu golongan perokok tegar dalam proses untuk mengurangkan gejala merokok. Namun, adalah wajar dielakkan penggunaannya terutama sekali kepada golongan yang berjinak-jinak dengan alat ini tanpa sebarang tujuan yang munasabah.

Tabiat menghisap vape tidak dapat disamakan dengan menghisap tembakau. Hal ini kerana bahan utama yang terkandung dalam kedua-duanya juga jelas berbeza. Vape atau rokok elektronik ini digunakan melalui cara pembakaran cecair nikotin yang menghasilkan wap lalu disedut ke dalam saluran trakea dan dihembus ke udara. Perkara ini telah dinyatakan secara jelas dalam “Journal of the Association of Physicians of India” yang bertajuk ‘Water Pipes and E-Cigarettes: New Faces of an Ancient Enemy’ iaitu:
“The vapers typically used a medium or high concentration nicotine liquid (13 mg or more) and desired devices that produced hotter and more intense vapours.”

Kesimpulannya, berdasarkan dapatan keseluruhan kajian mengenai vape atau rokok elektronik ini, diputuskan ketetapan hukum seperti berikut:
  1 Hukum menghisap vape adalah haram.
  2 Tabiat menghisap vape pada siang hari dalam bulan Ramadhan boleh membatalkan puasa kerana dianggap menyedut sesuatu ke dalam rongga terbuka.
  3 Hukum menghisap vape ini dapat disamakan dengan rokok kerana terdapatnya elemen membahayakan kesihatan.
  4 Secara zahirnya, tabiat menghisap vape tidak boleh disamakan dengan tembakau kerana melihat dari sudut perbezaan bahan kandungan. Namun, terdapat persamaan dari sudut yang lain iaitu menghisap sesuatu ke dalam rongga terbuka.
Adalah diharapkan penjelasan ini sedikit sebanyak telah memberi pencerahan terhadap persoalan yang timbul selama ini.

Cetak Emel