Ahad, 21 Disember 2014

Artikel

Dengar kandungan ini
Kecilkan saiz tulisan
Besarkan saiz tulisan
Cetak

Khutbah Gerhana


 
اَلْحَمْدُ لِلّهِ الَّذِىْ يَقْبَلُ التَّوْبَةَ عَنْ عِبََادِهِ وَيَعْفُوْ عَنِ السَّيِّئاَتِ وَيَعْلَمُ مَا تَفْعَلُوْنَ. وَيَسْتَجِيْبُ الَّذِيْنَ ءَامَنُوْا وَعَمِلُوْا الصَّالِحَاتِ وَيَزِيْدُهُمْ مِنْ فَضْلِهِ وَالْكَافِرُوْنَ لَهُمْ عَذَابٌ شَدِيْدٌ. اَشْهَدُ اَنْ لاَ ِالــهَ اِلاَّ اللهُ الْمَلِكُ اْلحَقُّ اْلمُبِيْنُ وَاَشْهَدُ اَنَّ مُحَمَّدًا رَسُوْلُ اللهِ إِمَامُ اْلأََنْبِيَاءِ وَسَيِّدِ اْلمُرْسَلِيْنَ. اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلىَ الــِهِ وَصَحْبِهِ وَمَنْ دَعَا بِدَعْوَتِهِ وَاسْتَنَّ بِسُنَّتِهِ وَجَاهَدَ بِجِهَادِهِ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ.  فيا عِبَادَ اللهِ اِتَّقُوْا اللهَ اُوْصِيْكُمْ وَاِيـَّايَ بِتَقْوَى اللهِ فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُوْنَ.
 

Sidang Jemaah yang dirahmati Allah,

Allah telah berfirman dalam surah Ali Imran ayat 191:

 أعوذ بالله من الشيطان الرجيم ،

Bermaksud : ”(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka.”( Surah al-Imran:191)
 
Sidang Jemaah yang muliakan,
 
Kedatangan tahun 1431 dan 2010 sangat menarik pada tahun ini. Ini kerana pada pertengahan bulan Muharram iaitu pada 15 hb bersamaan dengan 31 Disember 2009  iaitu hari Jumaat gerhana bulan separa telah berlaku. Manakala pada petang ini, 15  Januari bersamaan 29 Muharram pula akan berlakugerhana matahari separa. Ini kerana gerhana adalah sebahagian dari fitrah alam yang cukup mengkagumkan. Sejarah telah membuktikan bahawa kejadian gerhana telah mengundang pelbagai peristiwa menarik, suka & duka,  fakta mahupun tahyul, peperangan & perdamaian.
 
Kejadian gerhana matahari pada petang ini merupakan satu dari bukti kehebatan Allah swt dalam mentadbir perjalanan alam ini.Bagaimana Allah swt menunjukkan kehebatanNya untuk mengatur matahari yang besar, dilindungi cahayanya oleh bulan yang 400 kali ganda lebih kecil. Bagaimana pula telitinya  Allah swt menyusun kedudukan matahari dan bulan dari bumi hingga kedua-duanya seolah-olah sama besar dari penglihatan kita di bumi ini.
 
Nyatalah firman Allah swt :



Bermaksud : “Dia lah Yang menjadikan matahari bersinar-sinar (terang-benderang) dan bulan bercahaya, dan Dia lah Yang menentukan perjalanan tiap-tiap satu itu (berpindah-randah) pada tempat-tempat peredarannya masing-masing) supaya kamu dapat mengetahui bilangan tahun dan kiraan masa. Allah tidak menjadikan semuanya itu melainkan Dengan adanya faedah dan gunanya Yang sebenar.Allah menjelaskan ayat-ayatNya (tanda-tanda kebesarannya) satu persatu bagi kaum Yang mahu mengetahui (hikmat sesuatu Yang dijadikanNya).”

     ( Surah Yunus: 5 )

 

Sidang Jemaah yang dimuliakan,

Gerhana matahari berlaku apabila cahaya matahari dilindungi oleh bulan daripada jatuh ke atas bumi. Ketika itu sebahagian muka bumi akan dapat menyaksikan fenomena gerhana matahari ini. Namun segala rahsia kejadian alam ini hanya mampu diketahui sekiranya kita mempunyai ilmu dalam memahami kejadian ini. Dalam surah Yunus : 5 tadi, Allah swt menyatakan bahawa perjalanan alam ini hanya akan mampu difahami oleh orang-orang yang berilmu. Ilmu sains atau lebih tepat lagi ilmu falak atau astronomi merupakan ilmu yang sangat berfaedah pada kehidupan manusia khususnya umat Islam.

Bukti dan sejarah telah menunjukkan bahawa kejahilan manusia tentang ilmu falak telah mengakibatkan kekacauan, kesesatan mahupun ketidaktentuan dalam masyarakat, antaranya Gerhana Matahari yang menakutkan.

Kejadian gerhana matahari satu ketika dulu merupakan satu fenomena yang sangat menakutkan. Keadaan siang hari bertukar gelap secara tiba-tiba sudah tentu akan mencemaskan bagi sesiapa saja yang jahil dari mengetahui mengapa gerhana berlaku. Contohnya dalam sejarah China, fenomena gerhana dianggap menakutkan kerana mempercayai wujud seekor naga yang mahu menelan matahari. Masyarakat barat ketika dalam Zaman Kegelapan menganggap bahawa gerhana berlaku kerana bulan ( lambang kejahatan ) mengejar matahari ( lambang kedamaian ). Ia juga dipercayai membawa alamat malapetaka besar akan berlaku seperti wabak penyakit, banjir besar, kematian dan sebagainya. Maka bagi menghindari perkara ini dari berlaku mereka akan memukul gendang, menjerit dan memukul anjing mereka supaya bunyi bising tersebut boleh menghalau naga atau kejahatan tersebut.

 

Anggapan ini turut mempengaruhi masyarakat Arab  sehingga Nabi SAW pernah bersabda :

 

عَنْ عَبْدِ اللهِ بْنَ عَبَّاسِ رَضِىَ اللهُ عَنْهُمَا قَالَ قَالَ النَّبِىُّ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ اِنَّ الشَّمْسَ وَالقَمَرَ آيَتَانِ   مِنْ  ايَاتِ اللهِ  لاَيَخَسِفَانِ  لِمَوْتِ اَحَدٍ وَلاَ لِحَيَاتِهِ  فَاِذَا رَأَيْتُمْ ذلِكَ فَاذْكُرُوا اللهَ

(صحيح البخاري-4 :358 )

Bermaksud : “Daripada Abdillah ibn Abbas r.hm berkata, Nabi SAW telah bersabda : “Sesungguhnya  matahari dan bulan merupakan 2 ayat dari ayat-ayat Allah. Tidak berlaku gerhana ( matahari atau bulan ) kerana kematian atau kelahiran seseorang. Maka jika engkau melihatnya segeralah mengingati Allah.”

Begitulah kejahilan sering mengundang kepayahan, salah faham dan lebih dahsyat kesesatan dalam kehidupan.Begitu juga kejahilan dalam memahami hakikat kejadian dan perjalanan alam ini yang dijadikan oleh Allah SWT juga telah melahirkan kepercayaan tahyul dan kesesatan dalam aqidah.

Sidang Jemaah yang dimuliakan,

Hari ini umat Islam menghadapi 1001 cabaran. Di peringkat antarabangsa umat Islam di Yaman dituduh sebagai pengkalan baru pengganas, di Gaza, Palestin umat Islam masih terus dinafikan hak kemanusian mereka, manakala di  Malaysia, kita berdepan tuntutan demi tuntutan oleh masyarakat bukan Islam. Terbaru isu penggunaan kalimah ‘Allah’ di mahkamah.Satu masa dulu kita tidak mungkin membayangkan kalimah ‘Allah’ ini dibicarakan dan dihakimi di mahkamah sivil.Apakah satu ketika nanti kalimah al-Quran, Masjid, Kaabah juga bakal diheret ke mahkamah juga.Sama-samalah kita fikirkan.

Namun begitulah, fitrah kehidupan umat Islam tidak akan sunyi dari ujian demi ujian bertujuan menguji iman dan mencari siapakah di antara kita yang benar-benar ikhlas memperjuangkan agama ini. Ini kerana hanya mereka yang benar-benar ikhlaslah yang layak mendapat ganjaran syurga Allah SWT. Firman Allah SWT Surah al-Baqarah: 214:

أَمْ حَسِبْتُمْ أَنْ تَدْخُلُوا الْجَنَّةَ وَلَمَّا يَأْتِكُمْ مَثَلُ الَّذِينَ خَلَوْا مِنْ قَبْلِكُمْ مَسَّتْهُمْ الْبَأْسَاءُ وَالضَّرَّاءُ وَزُلْزِلُوا حَتَّى يَقُولَ الرَّسُولُ وَالَّذِينَ آمَنُوا مَعَهُ مَتَى نَصْرُ اللَّهِ أَلَا إِنَّ نَصْرَ اللَّهِقَرِيبٌ (214)

Bermaksud :“Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada ugama Allah).”

Di sinilah umat Islam diuji bagaimana umat perlu bertindak berdasarkan pemikiran yang rasional, sikap yang tepat dan yang lebih penting berdasarkan petunjuk al-Quran dan al-Sunnah.

Peristiwa gerhana petang ini, mengajak kita merenung bahawa alam ini akan terus berjalan berdasarkan fitrah yang telah ditetapkan oleh Allah SWT. Begitulah juga kehidupan umat Islam yang bakal berdepan pelbagai ujian dari Allah SWT juga. Seperti mana gerhana hari ini mengajar kita memahami asbab musabab mengapa gerhana itu berlaku, begitu jugalah apa jua yang dihadapi oleh umat hari perlulah disingkapi dengan yang tersirat dan tersurat agar UMAT ISLAM MENJADI PENERAJU DUNIA.

بَارَكَ اللهُ لِىْ وَلَكُمْ  بِالْقُرْآءنِ الْعَظِيْمِ , وَنفَعَنِىْ وَاِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ  اْلآيَاتِ وَالذِّكْرِ الْحَكِيْمِ , وَتَقَبَّلَ مِنِّى وَمِنْكُمْ تِلاَوَتَهُ اِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ , أَقُوْلُ قَوْلِيْ هَذَا  وَاسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيْمَ  ِليْ وَلَكُمْ وَ لِسَائِرِ الْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ فَيَا فَوْزَالْمُسْتَغْفِرِيْنَ وَياَ نَجَاةَ التَّاءِبِيْنَ.

Hit Kemaskini Terakhir Kongsikan Kandungan Ini
1656 21 Februari 2013

Vinaora Visitors Counter

592078
Today
Yesterday
This Week
Last Week
This Month
Last Month
All days
431
499
431
588002
12785
15802
592078

Your IP: 54.166.33.25
Server Time: 2014-12-21 20:47:39
Visitors Counter