Artikel

Dengar kandungan ini
Kecilkan saiz tulisan
Besarkan saiz tulisan
Cetak

Pemeliharaan Dan Penjagaan Haiwan Mengikut Perspektif Islam


PENDAHULUAN

Haiwan mempunyai peranan yang penting di dalam menyambung kitaran hidup alam ini. Haiwan di dalam alamnya yang tersendiri mempunyai perasaan, terasa bila disakiti dan mempunyai bahasa pertuturannya yang tersendiri serta bertasbih namun kita tidak memahaminya.
 
Bermaksud : Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya, sentiasa mengucap tasbih bagi Allah; dan tiada sesuatupun melainkan bertasbih dengan memujiNya; akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya ia adalah Maha penyabar, lagi Maha Pengampun.(Terjemahan surah al-Isra’ ayat 44)
 
Islam sangat serius di dalam memastikan keadaan saling memerlukan antara manusia – haiwan dan alam ini sentiasa berlaku dalam keadaan harmoni tanpa penderaan, kezaliman dan kemusnahan tanpa sebab yang dibenarkan.Kertas ringkas ini akan mengemukakan bukti dan dalil betapa Islam adalah agama yang mempunyai peraturan interaksi dengan haiwan secara  sangat teratur dan terkehadapan dari doktrin-doktrin yang lain.
 
HUBUNGAN MANUSIA - HAIWAN DALAM ISLAM
 
Manusia dan haiwan adalah sama-sama makhluk Allah SWT, begitu juga dengan alam sekeliling. Oleh kerana manusia telah diangkat oleh Allah sebagai khalifah dan penguasa di alam ini, maka manusia terbeban dengan tanggungjawab yang akan dipersoalkan terhadap pengendalian tugasnya tidak terkecuali pengendaliannya terhadap alam ini termasuklah terhadap haiwan.
 
Nilai akhlak di dalam Islam adalah satu nilai yang sangat kukuh dipertahankan merentas segenap hubungan manusia samada sesama manusia bahkan dengan haiwan. Pasak kukuh konsep “rahmatan lil a'laamin” yang berlaku hatta kepada haiwan, mengisyaratkan bahawa Islam telah mengajar adab yang tinggi dalam melayan haiwan dengan penuh berakhlak namun malangnya umat Islam sendiri dalam keadaan-keadaan tertentu di layan dengan layanan bersifat kebinatangan.
 
GARIS PANDUAN ISLAM  DALAM MELETAKKAN KEUTAMAAN INTERAKSI ANTARA MANUSIA-HAIWAN .            

Walaupun Islam telah meletakkan garis-garis dasar interaksi cukup beradab dengan haiwan namun tatkala berlaku pertembungan antara kepentingan manusia dan haiwan maka sudah tentu didahulukan kepentingan manusia atas sifatnya sebagai makhluk yang dimuliakan oleh Allah SWT menerusi firman Nya: 
 
Dan sesungguhnya Kami telah memuliakan anak-anak Adam; dan Kami telah beri mereka menggunakan berbagai-bagai kenderaan di darat dan di laut; dan Kami telah memberikan rezeki kepada mereka dari benda-benda yang baik-baik serta Kami telah lebihkan mereka dengan selebih-lebihnya atas banyak makhluk-makhluk yang telah Kami ciptakan.(Terjemahan surah al – Isra’ ayat 70)
 
Sekaligus sebagai khalifah untuk memakmurkan mukabumi ini.  Dia lah yang menjadikan kamu dari bahan-bahan bumi, serta menghendaki kamu memakmurkannya. Oleh itu mintalah ampun kepada Allah dari perbuatan syirik, kemudian kembalilah kepadaNya dengan taat dan tauhid. Sesungguhnya Tuhanku sentiasa dekat, lagi sentiasa memperkenankan permohonan hambaNya". (terjemahan surah Hud 61) 
 
Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi".(terjemahan ayat 30 surah al Baqarah)
 
HUKUM MEMELIHARA BINATANG
 
Secara umumnya Islam membenarkan pemeliharaan untuk tujuan-tujuan yang baik seperti

1. mengambil menafaat dari daging, susu, kulit, tunggangan dan sebagainya, Firman Allah: 

Maksudnya:
 
Dan binatang-binatang ternak itu, Ia juga menciptakannya untuk kamu; terdapat padanya benda-benda yang memanaskan tubuh dari sejuk dan beberapa faedah yang lain; dan daripadanya juga kamu makan. Dan bagi kamu pada binatang-binatang ternak itu, keindahan (yang menarik hati) ketika kamu membawanya balik untuk berihat (pada waktu petang), dan ketika kamu membawanya keluar (pada waktu pagi). Dan binatang-binatang itu pula membawa barang-barang kamu ke mana-mana negeri yang kamu tidak dapat sampai kepadanya melainkan dengan menanggung susah payah. Sesungguhnya Tuhan kamu Amat melimpah belas kasihan dan rahmatNya Dan (Allah menjadikan) kuda dan baghal serta keldai untuk kamu menunggangnya, dan untuk menjadi perhiasan; dan Ia menjadikan apa yang kamu tidak mengetahuinya..(terjemahan ayat 5-8 surah al Nahl)
 
Dan Allah menjadikan bagi kamu rumah-rumah (yang kamu dirikan itu) tempat tinggal; dan Ia menjadikan bagi kamu dari kulit binatang-binatang ternak: khemah-khemah (tempat berteduh), yang kamu mendapatinya ringan (di bawa ke mana-mana) semasa kamu merantau dan semasa kamu berhenti; dan (Ia juga menjadikan bagi kamu) dari berjenis-jenis bulu binatang-binatang ternak itu, berbagai barang perkakas rumah dan perhiasan, (untuk kamu menggunakannya) hingga ke suatu masa.(terjemahan ayat 80 surah al Nahl)   
 
Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang engkau sukai), serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkannya kepadamu". (Dengan itu) akan keluarlah dari dalam badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit). Sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang mahu berfikir.(terjemahan ayat 69 surah al Nahl)
 

2. dipelihara untuk mengelakkan kepupusan.
 
Rasulullah SAW mengingatkan para sahabat r.a bagaimana Allah SWT menegur seorang Nabi yang mengarahkan agar seluruh rumah semut dibakar gara-gara digigit oleh seekor semut.
 
Sabda Rasulullah SAW :
 
 
   نزل نبي من الأنبياء تحت شجرة ، فلدغته نملة ، فأمر بجهازه فأخرج من تحتها ، ثم أمر ببيتها فأحرق بالنار ، فأوحى الله إليه : فهلا نملة واحدة .الراوي: أبو هريرة المحدث: البخاري - المصدر: صحيح البخاري - الصفحة أو الرقم: 3319خلاصة حكم المحدث: [صحيح]
 
Bermaksud: Sedang seorang Nabi telah berteduh di bawah sepohon pokok, ia digigit oleh seekor semut. Baginda memerintahkan agar mengemas barangan dan mengarahkan agar seluruh sarang semut itu dibakar. Allah SWT menegur perbuatan itu lantaran berfirman : Bukankah yang menggigit kamu itu hanya seekor semut!
 
3. Dipelihara untuk kajian
  
Dan Allah menciptakan tiap-tiap haiwan yang bergerak itu dari air; maka sebahagian di antara mereka menjalar atas perutnya, dan sebahagian di antaranya berjalan dengan dua kaki, dan sebahagian lagi berjalan dengan empat kaki. Allah menciptakan apa sahaja yang Ia kehendaki (selain dari yang tersebut), kerana sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. (terjemahan ayat 45 surah al Nur)
  
Dan sesungguhnya pada binatang-binatang ternak itu, kamu beroleh pelajaran yang mendatangkan iktibar. Kami beri minum kepada kamu daripada apa yang terbit dari dalam perutnya, yang lahir dari antara hampas makanan dengan darah; (iaitu) susu yang bersih, yang mudah diminum, lagi sedap rasanya bagi orang-orang yang meminumnya.(terjemahan ayat 66 surah al Nahl)
   
Namun apabila haiwan dipelihara untuk sengaja dizalimi maka perbuatan itu dilarang di dalam Islam.

Rasulullah SAW menceritakan bagaimana seorang wanita diazab disebabkan mengurung seekor kucing tanpa diberi makan atau memberi peluang ia mencari makan sendiri.
  
عذبت امرأة في هرة سجنتها حتى ماتت ، فدخلت فيها النار ، لا هي أطعمتها ولا سقتها إذ حبستها ، ولا هي تركتها تأكل من خشاش الأرضالراوي: عبدالله بن عمر المحدث: البخاري - المصدر: صحيح البخاري - الصفحة أو الرقم:3482خلاصة حكم المحدث: [صحيح] 
 
Bermaksud: Seorang wanita diazab disebabkan mengurung seekor kucing sehingga mati. Wanita ini dimasukkan ke dalam neraka. Semasa membela kucing berkenaan, wanita berkenaan tidak memberi makan minum dan tidak juga membiarkan kucing itu mencari makanannya sendiri.
 
BEBERAPA KEWAJIPAN TERHADAP PEMELIHARAAN DAN PENJAGAAN HAIWAN DALAM ISLAM
     
         i.            HAK DIBERI PERLINDUNGAN
 
Rasulullah SAW melarang menjadikan binatang sebagai sasaran memanah, menembak dan sebagainya. Ini direkodkan oleh Ibnu Umar r.a memarahi pemuda yang menjadikan seekor burung sebagai sasaran memanah. Dan setiap anak panah yang tidak mengena sasaran akan diberi kepada empunya burung berkenaan. 
 
  مر ابن عمر بفتيان من قريش قد نصبوا طيرا وهم يرمونه . وقد جعلوا لصاحب الطير كل خاطئة من نبلهم . فلما رأوا ابن عمر تفرقوا . فقال ابن عمر : من فعل هذا ؟ لعن الله من فعل هذا . إن رسول الله صلى الله عليه وسلم لعن من اتخذ ، شيئا فيه الروح غرضا .الراوي: سعيد بن جبير المحدث: مسلم - المصدر: صحيح مسلم - الصفحة أو الرقم:1958خلاصة حكم المحدث: صحيح 
 
Bermaksud: Sesungguh Rasulullah SAW melaknat sesiapa yang menjadikan makhluk Allah yang mempunyai ruh sebagai sasaran.
            
Perbuatan melaga-melagakan binatang sangat bertentangan dengan ajaran Islam yang mengajarkan kasih sayang :

 نهى رسول الله صلى الله عليه وسلم عن التحريش بين البهائم الراوي: عبدالله بن عباس المحدث: أبو داود - المصدر: سنن أبي داود - الصفحة أو الرقم: 2562 خلاصة حكم المحدث: سكت عنه [وقد قال في رسالته لأهل مكة كل ما سكت عنه فهو صالح]
 
Bermaksud : Nabi SAW melarang melaga-lagakan di antara binatang.
 
          ii.            HAK DIJAGA DENGAN BAIK

Saiyidatuna Aisyah r.a (isteri Rasulillah SAW) menceritakan bagaimana Rasulullah SAW sentiasa menyediakan bekas minuman untuk kucing
 
 
   كان يصغي للهرة الإناء ، فتشرب ، ثم يتوضأ بفضلهاالراوي: عائشة المحدث: الألباني - المصدر: صحيح الجامع - الصفحة أو الرقم: 4958خلاصة حكم المحدث: صحيح 
 
 
Bermaksud: Adalah Nabi SAW menyediakan bekas minuman untuk kucing. Baginda berwudhu’  dengan lebihan air minuman kucing itu.
 
 
Ulama’ membincangkan tanggungjawab memberi nafkah kepada haiwan peliharaan samada ia adalah semata-mata kewajipan agama ataupun kewajipan agama dan qadha’ (perundangan – dipaksa oleh undang-undang).
 
 
Sehingga diceritakan bahawa menjadi amalan umat Islam yang awal mereka mewaqafkan tempat makanan dan minuman untuk kucing yang gelandangan di kenali sebagai waqf al hararah.
 
iii.            HAK MENDAPATKAN RASA BELAS DAN KASIH SAYANG
 
Baginda Rasulullah SAW mengingatkan kita bahawa rahmat Allah SWT hanya diperolehi oleh mereka yang hatinya menyimpan kasih sayang kepada sesama makhluk. Sabda nya:
 
  ارحممنفيالأرض يرحمك منفى السماء الراوي: عبدالله بن مسعود المحدث: الذهبي - المصدر: العرش - الصفحة أو الرقم: 93 خلاصة حكم المحدث: إسناده حسن
 
 
Bermaksud: Kasihanilah makhluk di bumi, nescaya anda dikasihani makhluk di langit.

Rasulullah SAW melarang penyembelih binatang mengkasari dan mengasah alat sembelihan di hadapan haiwan yang bakal disembelih sebagai komitmen Baginda SAW terhadap perasaan belas kepada haiwan walaupun sudah hampir menemui ajalnya dengan disembelih
 
 مر رسول الله صلى الله عليه وسلم على رجل واضع رجله على صفحة شاة وهو يحد شفرته وهي تلحظ إليه ببصرها قال أفلا قبل هذا أو تريدأن تميتها موتتينالراوي: عبدالله بن عباس المحدث: المنذري - المصدر: الترغيب والترهيب - الصفحة أو الرقم: 2/161خلاصة حكم المحدث: رجاله رجال الصحيح 
 
Bermaksud : Rasulullah SAW melintasi seorang lelaki yang meletakkan kakinya di atas perut seekor kambing sambil mengasah pisaunya sambil diperhatikan oleh kambing berkenaan. Lantas ditegur perlakuan itu dengan sabdanya : Mengapa kamu tidak mengasahnya lebih awal lagi? Adakah kamu mahu ia mati sebanyak dua kali !

Rasulullah SAW pernah memerintahkan sahabat  agar memulangkan semula anak burung yang diambil dari penjagaan ibunya dan kesal dengan perbuatan membakar dengan api satu perkampungan semut.
 
 كنا مع رسول الله في سفر فانطلق لحاجته فرأينا حمرة معها فرخان فأخذنا فرخيهافجاءت تعرش فجاء النبي فقال من فجع هذه بولدها ؟ ردوا ولدها إليها ورأى قرية نمل قد حرقناها ، فقال : من حرق هذه ؟ قلنا : نحن . قال : إنه لا ينبغي أن يعذب بالنار إلا رب النارالراوي: عبدالله بن مسعود المحدث: النووي - المصدر: تحقيق رياض الصالحين - الصفحة أو الرقم: 519 خلاصة حكم المحدث: إسناده صحيح 
 
Bermaksud : Kami pernah bermusafir bersama Rasulillah SAW. Ketiga baginda SAW meninggalkan kami sebentar untuk urusan tertentu,kami melihat seekor burung bersama dua ekor anaknya. Kami mengambil kedua-dua anaknya. Ibu burung berkenaan mencari-cari anaknya. Nabi SAW datang semula setelah selesai urusannya dan bersabda : Siapa yang menyebabkan ibu burung ini keluh kesah, maka hemdaklah dipulangkan anaknya. Dalam kejadian lain baginda SAW melihat satu perkampungan semut yang telah kami bakar.inda SAW bersabda : Siapa yang melakukan pembakaran ini? Kami menjawab : Kami Baginda SAW bersabda: Tidak sepatutnya mengazab dengan api kecuali Empunya api sendiri (Allah).
 
Bahkan apabila sahabat-sahabat Rasulillah SAW bertanya

....و إن لنا فى هذه البهائم لأجرا فقال فى كل كبد رطبة أجر
 
Bermaksud: ……dapat pahalakah kami menyayangi haiwan – haiwan ini? Sabda Rasulullah SAW : Menyayangi setiap mahkluk yang hidup itu berpahala.(HR Muslim)        
 
iv.            HAK MENDAPAT MAKANAN DAN MINUMAN     
 
Isu memberikan makanan dan minuman kepada haiwan yang dibela merupakan perkara asas yang dipertekankan oleh Islam sehingga ketika ketika bermusafirpun, haiwan tunggangan harus diberi peluang untuk mencari makan sendiri
 
 إذا سافرتم في الخصب ، فأعطوا الإبل حظها من الأرض . وإذا سافرتم في السنة ، فأسرعوا عليها في السير الراوي: أبو هريرة المحدث: مسلم - المصدر: صحيح مسلم - الصفحة أو الرقم: 1926 خلاصة حكم المحدث: صحيح  
 
Bermaksud: Apabila kamu musafir ke tempat yang banyak rumput, berilah peluang kepada unta untuk meragut rumput. Apabila kamu musafir ke tempat yang kering kontang , segerakan lah perjalanan.
 
Mereka yang mengabaikan soal memberi makan minum yang munasabah kepada haiwan belaan dijanjikan balasan akhirat yang mengerikan iaitu tempat tinggal di neraka. Sebaliknya memberi minum kepada haiwan yang sangat memerlukan dijanjikan ganjaran syurga. Ini dijelas di dalam hadith di bawah:-
 
أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال : ( بينما رجل يمشي ، فاشتد عليه العطش ، فنزل بئرا فشرب منها ، ثم خرج فإذا هو بكلب يلهث ، يأكل الثرى من العطش ، فقال : لقد بلغ هذا مثل الذي بلغ بي ، فملأ خفه ثم أمسكه بفيه ، ثم رقي فسقى الكلب ، فشكر الله له فغفر له ) . قالوا : يا رسول الله ، وإن لنا في البهائم أجرا ؟ قال : ( في كل كبد رطبة أجر ) . الراوي: أبو هريرة المحدث: البخاري - المصدر: صحيح البخاري - الصفحة أو الرقم: 2363 خلاصة حكم المحدث: [صحيح]  
 
Bermaksud : Seorang lelaki yang tersangat dahaga turun ke telaga untuk minum. Setelah minum ia keluar daripada telaga dan mendapati seekor ainjing menjelirkan lidah kerana sangat dahaga. Lelaki itu berkata: Tentu anjing ini sangat dahaga seperti aku tadi, lalu ia turun semula ke dalam telaga dan memenuhkan kasut nya dengan air dan member minum anjing berkenaan. Allah meredhai perbuatannya dan mengampunkan dosanya. Para sahabat bertanya : Kami masih diberi pahala jika berbuat baik kepada haiwan?Kebaikan  kepada semua makhluk yang mempunyai hati yang basah diberi pahala.
 
          v.            HAK HAIWAN UNTUK DIHINDARKAN DARIPADA KEZALIMAN
 
Rasulullah SAW melarang keras menzalimi haiwan Seperti membuat tanda atau tatto di muka haiwan serta mengubah dari kejadian asal haiwan serta memaksa haiwan melakukan tugasan di luar batas kemampuan.
 
  أن النبي صلى الله عليه وسلم مر عليه بحمار قد وسم في وجهه فقال أما بلغكم أني قد لعنت من وسم البهيمة في وجهها أو ضربها في وجهها فنهى عن ذلكالراوي: جابر بن عبدالله المحدث: الألباني - المصدر: صحيح أبي داود - الصفحة أو الرقم: 2564 خلاصة حكم المحدث: صحيح 
 
Bermaksud : Bahawa Nabi SAW lalu di hadapan seekor keldai yang di tattoo Pada mukanya lantaran itu Baginda bersabda : Tidak kah sampai kepada kamu Bahawa aku melaknat sesiapa yang mentatto binatang pada wajahnya atau memukulnya dan baginda melarang perbuatan berkenaan. Imam Malik pernah melaporkan bahawa Saidina Umar al Khattab melarang seorang wanita yang meletakkan bebanan melampau di atas seekor keldai. Baginda r.a amat khuatir jika pada hari akhirat nanti ada keldai yang patah kakinya akibat tergelincir disebabkan Umar r.a tidak menyediakan jalan yang baik semasa menjawat khalifah.
 
Rasulullah SAW melarang penunggang-penunggang berhenti dan bercakap-cakap di atas belakang unta yang ditungganginya dalam keadaan unta itu tidak berjalan.
 
 إياكم أن تتخذوا ظهور دوابكم منابر فإن الله إنما سخرها لكم لتبلغكم إلى بلد لم تكونوا بالغيه إلا بشق الأنفس الراوي: أبو هريرة المحدث: أبو داود - المصدر: سنن أبي داود - الصفحة أو الرقم: 2567   خلاصة حكم المحدث: سكت عنه [وقد قال في رسالته لأهل مكة كل ما سكت عنه فهو صالح]  
 
Bermaksud: Awasilah kamu daripada menjadikan belakang binatang kenderaan kamu sebagai minbar, kerana sesungguhnya Allah mempermudahkan kamu sampai ke negeri yang kamu tidak sampai kepadanya melainkan dengan menanggung susah payah.

HAK MENDAPAT KAWALAN DARI JANGKITAN PENYAKIT 

Islam menetapkan agar haiwan mendapat perlindungan daripada jangkitan penyakit . Rasulullah SAW melarang unta yang berpenyakit dicampurkan dengan unta yang sihat untuk mengelakkan jangkitan penyakit.

 لا يُورِدَنَّ مُمْرِض على مصحالراوي: - المحدث: ابن القيم - المصدر: مفتاح دار السعادة - الصفحة أو الرقم: 3/364 خلاصة حكم المحدث: صحيح 

 

Bermaksud : Jangan Didatangkan unta yang sakit kepada unta yang sihat.

HAK MENDAPAT TEMPAT TINGGAL YANG MUNASABAH

Secara umumnya Islam melarang perbuatan melakukan kerosakan di atas mukabumi ini termasuklah merosakkan habitat haiwan. Firman Allah SWT: Bermaksud  janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi sesudah Allah menyediakan segala yang membawa kebaikan padanya, dan berdoalah kepadaNya dengan perasaan bimbang (kalau-kalau tidak diterima) dan juga dengan perasaan terlalu mengharapkan (supaya makbul). Sesungguhnya rahmat Allah itu dekat kepada orang-orang yang memperbaiki amalannya.(terjemahan ayat 56 surah al a'raf)

HAK DILINDUNGI DARI CERCAAN

Islam menjaga hak haiwan sampai ke tahap larangan mencerca binatang lebih- lebih lagi sesudah kita memerah kudratnya

  

بينما رسول الله صلى الله عليه وسلم في بعض أسفاره ، وامرأة من الأنصار على ناقة . فضجرت فلعنتها . فسمع ذلك رسول الله صلى الله عليه وسلم . فقال " خذوا ما عليها ودعوها . فإنها ملعونة " . إلا أن في حديث حماد : قال عمران : فكأني أنظر إليها ، ناقة ورقاء . وفي حديث الثقفي : فقال " خذوا ما عليها وأعروها . فإنها ملعونة " .الراوي: عمران بن حصين المحدث: مسلم  - المصدر: صحيح مسلم - الرقم: 2595 خلاصة حكم المحدث: صحيح 

Bermaksud: ketika Rasulullah SAW sedang berada di dalam perjalanannya, ada seorang wanita Ansar berada di atas seekor unta sambil mengherdik dan melaknat unta berkenaan .Rasulullah SAW terdengar dan bersabda : kalau begitu kalian ambil sahaja bebanan di belakangnya dan biarkan dia pergi disebabkan ia adalah dilaknat.

TIDAK BOLEH DIBUNUH KECUALI ADA ALASAN YANG MUNASABAH 

Islam tidak membenarkan perbuatan membunuh atau menyeksa binatang melainkan ada nas khusus mengenai keharusannya atau binatang-binatang itu mendatangkan bahaya (memudaratkan) yang tidak  boleh dielakkan melainkan dengan membunuhnya.Sabda Rasulullah SAW:


 منقتلعصفوراعبثا عج إلى الله يوم القيامة يقول يا رب إن فلانا قتلني عبثا ولم يقتلني منفعةالراوي: الشريد المحدث: المنذري - المصدر: الترغيب والترهيب - الصفحة أو الرقم: 3/213 خلاصة حكم المحدث: [إسناده صحيح أو حسن أو ما قاربهما]

 

Bermaksud: Barangsiapa yang membunuh seekor burung secara sia-sia, maka burung itu akan mengadu kepada Allah pada hari kiamat, dan berkata: Wahai Tuhan ku si fulan membunuh ku secara sia-sia tanpa berdasarkan menafaat tertentu.Sabda Rasulullah SAW:

 

 أربع كلهن فاسق . يقتلن في الحل والحرم : الحدأة ، والغراب ، والفارة ، والكلب العقور . الراوي: عائشة المحدث: مسلم - المصدر: صحيح مسلم - الصفحة أو الرقم: 1198 خلاصة حكم المحدث: صحيح


Bermaksud: Empat binatang yang merosakkan. Dibunuh semuanya samada di tanah halal ataupu di tanah haram; Gagak, helang, tikus dan anjing gila.

أن امرأة دخلت على عائشة وبيدها عكاز ، فقالت : ما هذا ؟ فقالت : لهذه الوزع ، لأن نبي الله صلى الله عليه وسلم ، حدثنا إنه لم يكن شيء إلا يطفيء على إبراهيم ، إلا هذه الدابة . فأمرنا بقتلها الراوي: سعيد بن المسيب المحدث: الألباني - المصدر: صحيح النسائي - الصفحة أو الرقم: 2831
خلاصة حكم المحدث: صحيح

Bahawa seorang wanita menemui Aishah dan sedang memegang tongkat, Aishah berkata: Apakah ini? Wanita itu berkata, untuk memukul cicak. Kerana Nabi SAW memberitahu kami bahawa tatkala Nabi Ibrahim sedang dibakar, semua makhluk berusaha memadamkan api berkenaan kecuali binatang ini maka kami disuruh untuk membunuhnya.   

لولا أن الكلاب أمة من الأمم لأمرت بقتلها ، فاقتلوا منها كل أسود بهيم ، وما من أهل بيت يرتبطون كلبا إلا نقص من عملهم كل يوم قيراط ، إلا كلب صيد أو كلب حرث أو كلب غنم الراوي: عبدالله بن مغفل المزني المحدث: الترمذي - المصدر: سنن الترمذي - الصفحة أو الرقم:1489 خلاصة حكم المحدث: حسن

Bermaksud: Kalaulah anjing-anjing ini bukan daripada salah satu umat (juga) nescaya aku perintahkan kamu membunuh semuanya, maka bunuhlah anjing-anjing itu tiap-tiap yang hitam legam.Sesiapa isi rumah yang membela ajingnkecuali pahalanya berkurang setiap hari dengan kadar satu qirat (sebesar bukit Uhud) kecuali anjing yang dibela untuk tujuan memburu, menjaga tanaman atau menjaga kambing (ternakan).

PENUTUP 

Hakikatnya Islam telah mendahului usaha – usaha pembelaan terhadap hak-hak asasi haiwan sebelum ia dimulakan oleh pertubuhan-pertubuhan hak pembelaan haiwan. Bahkan dibuktikan sendiri oleh Rasulullah SAW dan generasi berikutnya.

Syeikh Izuddin Abdul Salam (wafat pada 660 H) telah membuat kesimpulan mengenai hak-hak binatang dan haiwan ternakan ke atas manusia dengan mengungkap

و ذلك أن ينفق عليها نفقة مثلها, ولو زمنت أو مرضت بحيث لا ينتفع بها, وأن لا يحملها ما لا تطيق, و لا يجمع بينها و بين من يؤذيها من جنسها , او من غير جنسها, بكسر او نطح أو جرح, و أن يحسن ذبحها إذا ذبحها , و لا يمزق جلدها و لا يكسر عظمها حتى تبرد و تزول حياتها , و أن لا يذبح أولادها بمرأى منها, وأن يفردها ....."“

dan yang demikian itu hendaklah diberi nafkah ke atasnya dengan selayaknya, walaupun binatang itu telah tua ataupun sakit dan tidak diambil menafaat lagi daripadanya, jangan dibebankan ia dengan bebanan yang tidak tertanggung, jangan dicampur ia dengan haiwan yang boleh memudaratkan dia dengan tandukan, melukakan samada dari jenis binatang yang sama ataupun yang berlainan. Hendakhalh menyembelihnya dengan baik, jangan disiat kulitnya, jangan dipatahkan tulangnya sehinggan badannya sudah sejuk dan pasti nyawanya sudah tiada. Jangan menyembelih anak-anaknya di hadapan penglihatannya dan hendaklah ia diasingkan…”  

RUJUKAN 

Bahasa Arab 

i. 

موسوعة الحديث الشريف الكتب الستة

            فضيلة الشيخ صالح بن عبد العزيز بن محمد بن ابراهيم آل شيخ 

           دار السلام للنشرو التوزيع 1421ه/2000م 

المملكة العربية السعودية 

ii. 

الاحسان خلق اسلامى

الدكتور محمود محمد بابللي

دار المنارة للنشر و التوزيع 1417ه/1997 م

  المملكة العربية السعودية

iii. 

دور القيم و الأخلاق فى الإقتصاد الإسلامى

 الدكتور يوسف القرضاوى

مكتبة وهبة 1415 ه / 1995 مال

قاهرة

 iv. 

الحلال و الحرام فى الاسلام

الدكتور يوسف القرضاوى

مكتبة وهبة 1408 ه / 1988 مال

قاهرة

 

Bahasa Melayu        

i.            Abdul Hayei Abdul Sukor( 2008), Manusia dan Kemanusiaan, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.      

ii.            Jabatan Mufti Kerajaan Negara Brunei Darussalam  (2001), Fatwa Mufti Kerajaan 2000, Kuala Lumpur: MR Print.     

iii.            Jabatan Mufti Kerajaan Negara Brunei Darussalam  (2001), Fatwa Mufti Kerajaan 1997, Kuala Lumpur: MR Print.     

iv.            Jabatan Mufti Negeri Terengganu  (2010), Keputusan Fatwa Mufti Negeri Terengganu Siri 3, Kuala Terengganu: Percetakan Yayasan Islam Terengganu Sdn Bhd.


Hit Kemaskini Terakhir Kongsikan Kandungan Ini
1078 21 Februari 2013

Vinaora Visitors Counter

516385
Today
Yesterday
This Week
Last Week
This Month
Last Month
All days
489
593
3131
509973
15869
25200
516385

Your IP: 54.90.42.156
Server Time: 2014-08-29 22:01:30
Visitors Counter