1) Niat puasa qadha Ramadhan yang tertinggal bersama puasa enam. Bolehkah di samping puasa qadha kita puasa juga sunat puasa enam?

Adalah disunatkan berpuasa enam hari dalam bulan Syawal. Jika seseorang itu mengqadha puasanya yang ketinggalan dalam bulan syawal maka ia terlepas dari hutang puasanya yang tertinggal dan dapat sunat puasa dalam bulan Syawal dengan semata ia berniat qadha dan tidak perlu meniatkan puasa sunat kerana yang disunatkan ialah berpuasa enam hari dalam bulan Syawal.

2) Seorang ibu melahirkan anak dalam bulan puasa lepas itu membayar separuh sahaja puasa dan baki dibayar oleh suaminya?

Puasa itu wajib dibayar oleh si isteri itu, Tidak boleh Suami mengqada'kan puasa itu bagi isterinya.

3) Orang perempuan yang meninggalkan puasa ramadhan kerana sebab tertentu kemudian sebelum sempat mengqada'kan, bolehkkah ia mengerjakan puasa enam?

Puasa yang ditinggalkan mesti diqada'kan. Jika ia mengqada'kannya di dalam bulan syawal dapatlah dia sekali sunat puasa enam dengan tidak payah melakukan puasa yang berasingan.

4) Bolehkah saya mengeluarkan fidyah bagi ibu saya kerana ibu saya digolongkan dalam golongan fakir miskin?

Boleh anak mengeluarkan fidyah bagi ibunya, jelasnya boleh membayar fidyah puasa bagi pihak ibu yang tidak mampu membayarnya.

Cetak

FaLang translation system by Faboba