1) Ada sesetengah pendapat bahawa orang yang membuat sembahyang sunat tarawih 8 rakaat bukan dinamakan tarawih, sembahyang sunat terawih yang sebenarnya ialah 20 rakaat?

"Bilangan rakaat bagi solat Tarawikh dalam mazhab Syafie ialah 20 rakaat. Hal ini telah dinyatakan di dalam kitab Bidayatul Mujtahid wa Nihayatul Muqtasid, jilid pertama pada muka surat 487: Bermaksud: “Maka menurut al-Imam Malik dalam satu pendapat, begitu juga pendapat daripada al-Imam Abu Hanifah, al-Imam al-Syafie, al-Imam Ahmad dan al-Imam Daud al-Zahiri bahawa solat Tarawikh itu ialah sebanyak 20 rakaat tidak termasuk solat Witir."

2) Kenapa wujudnya empat mazhab iaitu iman maliki,syafie,hanafi dan hambali dan terdapat perbezaan pendapat dalam ilmu fiqh?

Mazhab dalam hukum lahir disebabkan amalan ijtihad yang bermula secara perlahan-lahan sejak zaman Nabi Muhammad S.A.W dan berterusan selepas baginda wafat. Selain itu ia juga disebabkan perpindahan para sahabat r.a. ke negeri – negeri Islam yang baru muncul. Secara tabi`inya mazhab terbentuk dengan lebih meluas apabila sumber cahaya tidak lagi diperolehi selepas kewafatan Rasulullah S.A.W. Kelahiran mazhab diasaskan kepada dua dasar utama:

1) Kemungkinan nas-nas syarak mempunyai lebih daripada satu makna.

2) Perbezaan dari segi keupayaan dan kefahaman. Bagi kita orang awam yang amat terbatas kemampuan kita untuk memahami Al-Quran dan As-Sunah sebagai sumber hukum maka kita berpegang kepada Mazhab Syafie.

3) Sekiranya mandi hadas besar di dalam sungai sambil menyelam adakah perlu mengosokkan tangan keseluruh anggota badan?

Sekiranya air sampai ke seluruh anggota badan,maka dengan itu sempurnalah mandi wajib (mandi hadas besar) tersebut.Ada pun mengosok-gosok dengan menggunakan tangan adalah perkara sunat ketika mandi wajib. (Perkara ini dirujuk kepada kitab Matla Al –Badrain dalam bab Mandi Wajib m.s 40)

Cetak

FaLang translation system by Faboba