1) Apakah perbezaan antara bermastautin dan bermukim dan juga syarat-syarat untuk mendirikan solat Jumaat?

1) Orang mustautin dan orang bermuqim wajib mengerjakan solat jumaat. Cuma yang dibilang 40 orang itu mestilah orang yang mustautin.

2) Mustautin adalah orang yang memang berniat untuk menetap disesuatu tempat dan tidak keluar dari tempatnya kecuali ada hajat. Orang yang muqim adalah orang yang tiada niat untul menetap di tempat itu selama-lamanya dan memang berniat untuk keluar dari tempat itu samada pulang ke kediaman asalnya atau berpindah ke tempat lain. (rujukan kitab Bughatul Tulab Jld 1 hal 204-205)

2) Apakah hukumnya seorang yang cacat pendengaran menjadi imam walaupun bacaan tajwid nya betul?

Orang yang nyata cacatnya makruh menjadi imam kerana boleh menimbulkan ketidakkhusyukan kepada makmum.Tetapi cacat pendengaran tidak kelihatan namun tetap makroh kerana ia tidak mendengar akan teguran jika berlaku kesilapan. Orang cacat pendengaran apabila memakai alat pendengaran telah menghilangkan kecacatannya dan ketika itu tidaklah lagi dianggap cacat yang memakrohkanya menjadi imam apa lagi ia mempunyai kelayakan untuk itu.

Cetak

FaLang translation system by Faboba