1) Apakah hukum menyertai ‘Program Menjana Pendapatan secara Pos?
Berdasarkan kitab Fiqh & Perundangan Islam oleh Dr. Wahbah al-Zuhaili m/s 855 jilid VII:Program ini termasuk dalam program Multi Level Marketing. Walaupun program ini tidak melibatkan penjualan barangan dengan harga yang mahal tetapi dengan hanya menunggu dan mengharapkan keuntungan dari rangkaian peserta untuk mendapat kekayaan dengan cepat. Oleh itu, wujud keraguan dari keuntungan yang diberi oleh setiap peserta. Rasulullah SAW bersabda:
“دع ما يريبك إلى ما لا يريبك “
(Tinggalkanlah sesuatu yang meragukanmu, beralih kepada sesuatu yang tidak meragukanmu).
2) Apakah beza hukum Insurans Konvensional dan Insurans Takaful?
1) Insurans Konvensional mengamalkan cara muamalah yang fasid atau rosak kerana mengandungi unsur gharar (tidak ketentuan), maisir (judi) dan riba (faedah). Oleh itu, ianya haram.2) Insurans Takaful mengamalkan dasar tabarru’ (derma). Dasar ini bertepatan dengan muamalah Islam dan selamat dari unsure gharar dan maisir. Oleh itu, ianya halal.