Pencapaian Piagam Pelanggan Jabatan Mufti Negeri Perak Bagi Tahun 2022
(Julai 2022)

Kami berikrar dengan izin Allah untuk:

Bil. Piagam Pelanggan
Pengukuran Pencapaian Peratusan / Pencapaian
1. Memaklumkan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa kepada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak dalam tempoh 10 hari bekerja. Selepas Mesyuarat Jawatan Kuasa Fatwa (4 kali setahun).

Tidak melibatkan Kertas Permohonan MAIPk dalam Mesyuarat Khas Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak Bil.2/2022

2. Memastikan semua kertas kerja permohonan/isu yang diterima, dibincangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa pada suku tahun yang berkenaan. Semasa Mesyuarat Jawatan Kuasa Fatwa diadakan.

9 Kertas Kajian/ Garis Panduan dibincangkan.

3. Urus Setia Pentauliahan Guru-Guru Agama Islam Negeri Perak sekali setahun Melaksanakan peperiksaan tauliah terhadap calon-calon yang memohon sekali setiap tahun.

Tiada peperiksaan. 81 Calon Temuduga Lisan Tauliah Mengajar telah selesai dilaksana. 75 Calon masih belum selesai ditemuduga.

4. Memproses permohonan mahkamah bagi melaksanakan runding cara Istitabah dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh penerimaan surat. Jumlah permohonan melaksanakan sesi runding cara Istitabah (kembali kepada Islam).

4 sesi runding cara Istitabah telah dilaksana.

5. Menyelesaikan pengukuran arah kiblat yang lengkap permohonannya dalam tempoh 12 hari bekerja. Pengukuran arah kiblat adalah berdasarkan permohonan. Pengukuran arah kiblat bagi setiap permohonan akan diselesaikan dalam tempoh maksimum 12 hari dari tarikh permohonan telah diminit ke Bahagian Falak.

13 Permohonan Pengukuran.

(1) 4 Julai di Kilang Coffe, Jalan Portland, Tasek, Ipoh
(2) 4 Julai di Sekolah Kebangsaan Convent, Ipoh
(3) 7 Julai di TNB Jalan Sultan Nazrin Shah, Ipoh
(4) 13 Julai di Stesen Minyak Shell, Klebang, Ipoh
(5) 21 Julai di Surau Kampung Pasir Batang Kulim, Kuala Kangsar
(6) 23 Julai di Surau Sungai Badak, Kampung Gajah
(7) 23 Julai di Masjid Ar Rahmaniah, Kg Pasir Salak, Kampung Gajah
(8) 23 Julai di Stesen Minyak Shell Sungai Durian, Teluk Intan
(9) 27 Julai di Surau Hj. Johanuddin, Kg. Pulai Cheri, Lenggong
(10) 30 Julai di Surau Al-Khairiah, Kampung Bor, Lenggong
(11) 30 Julai di Surau Al-Khairiah, Kampung Bor, Lenggong
(12) 30 Julai di Masjid Yahya Ubudiah Kg. Banggol Belimbing, Lenggong
(13) 30 Julai di Tanah Perkuburan Islam Kg Banggol Belimbing, Lenggong

6. Menyediakan takwim solat yang lengkap untuk rujukan masyarakat 2 bulan sebelum masuk tahun masehi berikutnya.

Proses penyediaan takwim solat terbahagi kepada:-

Pra-bengkel:
1) Penyediaan template

Bengkel:
1) Pemindahan data
2) Penukaran format
3) Semakan pertama
4) Semakan terkahir

Pasca-bengkel:
1) Hebahan

66.67% - Pemindahan data, penukaran format dan semakan pertama telah dilaksanakan semasa Bengkel Waktu Solat Negeri Perak Bagi Tahun 2023M / 1444 – 1445H pada 14 – 16 Jun.

7. Melaksanakan cerapan Hilal pada setiap akhir bulan Hijri. 12 kali cerapan Hilal bulan Hijri.

58.33% - 29 Julai - Cerapan Hilal Muharam 1444H

8. Menguruskan penerbitan 20 artikel ilmiah setahun. Mengeluarkan artikel - artikel ilmiah berkaitan fatwa, falak dan isu - isu semasa. 1 artikel: Persediaan Menghadapi Zulhijjah
9. Memuat naik video rakaman program dalam media rasmi jabatan dalam tempoh 14 hari bekerja. Berdasarkan permintaan / program / isu yang diminta oleh pihak jabatan. (i) Siri Mudarasah Kitab Bersama Timbalan Mufti Perak (30 Siri)
(ii) 4x Soal Jawab Agama di Perak FM
(iii) 1x Program Jom Semak Arah Kiblat
(iv) 1x Mesyuarat Khas AJK Fatwa (simpanan).
10. Mengemaskini maklumat laman web jabatan dan media sosial rasmi dalam tempoh 3 hari berkerja selepas program. Berdasarkan permintaan / program seperti yang dinyatakan di taqwim jabatan dan isu - isu semasa. Jumlah permohonan maklumat web = 7
Jumlah post Facebook = 62

Cetak Emel