KUALA KANGSAR, 30 SEPTEMBER 2016 – Program Penjelasan Fatwa dan Pemurnian Aqidah Negeri Perak 2016 anjuran Jabatan Mufti Negeri Perak dan Pejabat Agama Islam Daerah Kuala Kangsar telah berjalan dengan lancar dan baik. Ia merupakan siri yang ketiga sejak program ini mula diadakan pada bulan Julai. Ia bertujuan untuk memberi penjelasan tentang fatwa-fatwa berkaitan aqidah yang menyelewang serta menerapkan aqidah ahli sunnah wal jamaah yang tulen kepada orang ramai. Kali ini Masjid Ridzwaniah yang merupakan masjid Daerah Kuala Kangsar dipilih sebagai lokasi program. |
|
Penceramah jemputan pada kali ini ialah SF Tuan Guru Haji Suaid Bin Din, seorang pesara guru dan sekarang menjadi Mudir Asrama Anak-anak Yatim Maahad Darul Salam. Beliau juga merupakan salah seorang ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak. Dalam ceramah ini beliau menceritakan sejarah kedatangan Islam ke Tanah Melayu yang dibawa oleh para ulama’ dengan pegangan aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah. Ceramah berakhir pada kira-kira jam 9.45 malam dan diikuti dengan jamuan ringan kepada penceramah dan ahli jawatankuasa program selesai solat Isyak berjemaah. |
Sumber: Unit Pusat Sumber, Bahagian Maktabah, Jabatan Mufti Negeri Perak.