Dewasa ini terdapat persoalan-persoalan yang mendatangkan kekeliruan kepada masyarakat berikutan penggunaan pelbagai alatan perubatan moden. Justeru itu Jabatan Mufti Negeri Perak berpandangan sepertimana yang telah diperakukan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia berkenaan penggunaan alatan yang boleh dan tidak membatalkan puasa, seperti berikut:

Penggunaan Alatan Yang Boleh Membatalkan Puasa :
  • Penggunaan alat sedutan (inhaler) untuk rawatan lelah (athma) atau untuk penyakit paru-paru kronik.
  • Memasukkan sebarang tiub kecil (pessary)atau ubat ke dalam faraj (vaginal suppository) termasuk prosedur cucian (wash), pemeriksaan dalaman vaginal (vaginoscope), atau pegawai perubatan memasukkan jari untuk melakukan pemeriksaan dalaman vagina wanita;
  • Memasukkan sebarang tiub catheter, alat pemeriksaan dalam saluran kencing (urethroscope), barium atau ubat pencuci yang dimasukkan sama ke dalam saluran kencing bagi lelaki atau wanita (contohnya memasukkan ‘urinary catheter’ untuk rawatan sumbatan salur kencing).
  • Penggunaan alat seperti enema, tiup suppository, teropong perut (gasteroscope) untuk tujuan pemeriksaan system penghadaman; dan
  • Penggunaan bius menyeluruh yang melibatkan penggunaan gas.
Penggunaan Alatan Yang Tidak Membatalkan Puasa :

Cetak

FaLang translation system by Faboba