IPOH, 11 Ogos- Sesi Temuduga (Ujian Lisan) Sijil Kebenaran Mengajar Al-Quran Negeri Perak Tahun 2025 - Siri 2 telah berlangsung pada 29 Julai 2025 bertempat di Jabatan Mufti Negeri Perak. Sesi temuduga kali ini melibatkan seramai 114 orang calon dan panel penemuduga seramai 5 orang iaitu Sahibus Samahah Dato’ Haji Zamri bin Hashim (Timbalan Mufti Negeri Perak), Al-Fadhil Ustaz Mohd Hafiz bin Sulaiman (Pegawai Hal Ehwal Islam, Jabatan Mufti Negeri Perak), Al-Fadhil Tuan Haji Radzi bin Kamarul Hailan (Guru Al-Quran Negeri Perak), Al-Fadhil Ustaz Fakhurozi bin Hj. Baharuddin (Guru Al-Quran Negeri Perak) dan Al-Fadhil Ustaz Mazlan bin Mohamad Zaini (Guru Al-Quran Negeri Perak).

Sila layari Facebook Rasmi Jabatan Mufti Negeri Perak untuk maklumat lanjut.


Sumber: Jabatan Mufti Negeri Perak.

Cetak

FaLang translation system by Faboba