Accessibility Tools

Skip to main content
Program Fiqh Kewanitaan 2018
Latihan MyGovUC 2.0

IPOH, 14 NOVEMBER 2018 – Program Seminar Fiqh Kewanitaan 2018 telah diadakan dengan jayanya semalam. Program ini diadakan di Dewan Kuliah Al-Muttaqin Taman Meru, merupakan anjuran Jabatan Mufti Negeri Perak dengan kerjasama Masjid Al-Muttaqin Taman Meru. Ia bertujuan memberikan penerangan kepada para peserta tentang hukum-hakam berkaitan hal ehwal wanita yang telah dimuat dalam buku Fiqh Wanita.

Penceramah yang dijemput untuk program ini ialah penulis buku Fiqh Wanita terbitan Telaga Biru Sdn. Bhd. Iaitu AF. Ustaz Ahmad Fauwaz bin Fadzil Noor. Beliau menjelaskan lagi kandungan di dalam buku itu dengan lebih mendalam kepada para peserta. Antara isu yang dijelaskan ialah berkaitan hukum berkhatan bagi wanita, syarat-syarat untuk wanita bekerja, dan aktiviti-aktiviti wanita di zaman Rasulullah SAW.

Kira-kira 200 lebih peserta yang hadir, kebanyakannya dari kalangan wanita. Semua peserta telah mendapat senaskhah buku Fiqh Wanita tersebut secara percuma sumbangan dari penganjur. Program ini turut diserikan dengan kehadiran Tuan Haji Kamaruddin bin Adam, Ketua Penolong Mufti Negeri Perak, dan AF. Tuan Haji Asyraf bin Ismail Pegawai Tadbir Agama Ipoh.

Program bermula pada jam 9.00 pagi dengan pembentangan bedah buku oleh AF. Ustaz Ahmad Fauwaz sebelum berhenti rehat pada jam 12.30 tengah hari untuk jamuan makan dan solat Zohor. Pada jam 2.30 petang, program bersambung dengan sesi soal jawab. Program tamat pada jam 4.00 petang untuk beri laluan kepada minum petang dan solat Asar.

Adakah ruang menunggu di kaunter selesa, kemas dan bersih?
Perak State Mufti Department Level 5, Darul Ridzuan Islamic Complex, Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab, 30000 Ipoh, Perak. Phone : 05-2545332 | 05-2419694 Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
White Text Links
Kembali ke Atas