Accessibility Tools

Skip to main content
Kursus Penerapan Modul Tarbiah Kepemimpinan Al-Fatih
Latihan MyGovUC 2.0

ULU KINTA,19 April 2019 – Kursus Penerapan Modul Tarbiah Kepemimpinan Al-Fatih Peringkat Negeri Perak anjuran Jabatan Mufti Negeri Perak telah diadakan dengan jayanya. Ia telah diadakan di Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia Sultan Azlan Shah (ILKKM SAS), Tanjung Rambutan selama 3 hari dan berakhir semalam. Program berlangsung bermula 16 April sehingga 18 April 2019.

Objektif kursus ini ialah memberi penerapan modul kepimpinan yang telah dirangka kepada pemimpin-pemimpin untuk diaplikasikan di sekolah masing-masing. Ia juga bertujuan mempertingkatkan kemahiran, kebijaksanaan, kepemimpinan dan karismatik diri bagi merealisasikan keunggulan kepimpinan di masa hadapan.

Seramai 84 orang peserta telah hadir menyertai kursus ini. Mereka terdiri daripada pelajar-pelajar dari peserta al-fatih Siri 1. Para peserta telah didedahkan dengan pelbagai aktiviti seperti solat berjemaah, ice-breaking, latihan dalam kumpulan (LDK), sukan memanah, serta mendengar kuliah dan ceramah oleh pakar-pakar jemputan.

Antara penceramah yang dijemput untuk kursus ini ialah Tuan Haji Ahmad Azam Bin Abdul Rahman dari Union of NGOs Of The Islamic World Gombak, Saudara Jufitri Joha - Presiden Majlis Belia Malaysia dan Ustaz Ashraf Bin Ismail, JAIPk.

Diharapkan agar program ini dapat memberi kesan positif dan impak yang besar kepada para peserta seterusnya mereka dapat mengaplikasikan nilai-nilai kepemimpinan Islam di negara ini.

Adakah ruang menunggu di kaunter selesa, kemas dan bersih?
Perak State Mufti Department Level 5, Darul Ridzuan Islamic Complex, Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab, 30000 Ipoh, Perak. Phone : 05-2545332 | 05-2419694 Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
White Text Links
Kembali ke Atas