Accessibility Tools

Skip to main content
Lawatan kerja berkaitan proses pelaksanaan Istitabah Jabatan Mufti Negeri Perak
Latihan MyGovUC 2.0

NEGERI SEMBILAN - SELASA, 25 Jun 2019 – Satu lawatan kerja dan kunjung hormat daripada Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Perak yang diketuai oleh Timbalan Mufti Negeri Perak, Ustaz Zambri bin Hashim dan disambut oleh Sohibul Fadhilah Ustaz Amran bin Awaludin, Timbalan Mufti Negeri Sembilan pada jam 2.30 petang.

Sesi perjumpaan ini adalah berhasrat untuk mendengar penerangan serta taklimat berkaitan proses Istitabah yang sedang dijalankan oleh Jabatan Mufti Negeri Sembilan. Sesi penerangan telah dibentangkan oleh Ustaz Najib bin Jalal daripada Bahagian Rundingcara Akidah. Program juga diteruskan dengan sesi perbincangan-perbincangan yang lain. Semoga dengan lawatan ini dapat meningkat hubungan ukhwah di antara Negeri Sembilan Darul Khusus dan Negeri Perak Darul Ridzuan dalam isu-isu kefatwaan.

Adakah ruang menunggu di kaunter selesa, kemas dan bersih?
Perak State Mufti Department Level 5, Darul Ridzuan Islamic Complex, Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab, 30000 Ipoh, Perak. Phone : 05-2545332 | 05-2419694 Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
White Text Links
Kembali ke Atas