Accessibility Tools

Skip to main content
TOT Modul Tarbiah Kepemimpinan Al-Fatih Negeri Perak 2019
Latihan MyGovUC 2.0

SERDANG - 23-25 Jun 2019 (Ahad - Selasa) – Kursus Kejurulatihan Kepimpinan Al-Fatih peringkat Negeri Perak diuruskendali oleh Yayasan Ammar Al-Fatih dengan kerjasama Jabatan Mufti Negeri Perak dan Jabatan Agama Islam Negeri Perak telah diadakan di UPM Serdang & Rubinga Heritage, MAEPS. Seramai 22 orang pelajar dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah terpilih untuk menjayakan kursus ini.

Program ini merupakan sebuah program kepimpinan yang menggunakan modul khas, bertujuan melahirkan para Jurulatih dan Fasilitator yang berwawasan dan memandang ke hadapan. Semoga dengan adanya program sebegini, Mahasiswa Islam khususnya, dapat membuka mata dan minda untuk lebih mendalami sejarah-sejarah Islam yang dapat dijadikan panduan demi melahirkan seorang pemimpin yang berilmu, beriman dan bertaqwa.

Penerapan ilmu-ilmu kepimpinan melalui acara berkuda, memanah dan pelbagai modul lain yang telah disediakan oleh Yayasan Ammar Al-Fatih diharapkan dapat memberi manfaat kepada generasi muda. Antara aktiviti menarik:- F1 Pit Stop, Risalah an-Nur, Modul Berkuda, Drilis Ertugrul, Reverse Thinking.

Adakah ruang menunggu di kaunter selesa, kemas dan bersih?
Perak State Mufti Department Level 5, Darul Ridzuan Islamic Complex, Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab, 30000 Ipoh, Perak. Phone : 05-2545332 | 05-2419694 Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
White Text Links
Kembali ke Atas