Accessibility Tools

Skip to main content
Berita/Aktiviti : Bengkel Latihan Sistem Maktabah Digital
Latihan MyGovUC 2.0

IPOH, 30 November 2020 – Sistem Maktabah Digital Jabatan Mufti Negeri Perak bakal menjadi sumber rujukan ilmiah yang boleh dicapai secara maya. Sistem yang berteraskan pengumpulan bahan bacaan dan terbitan ilmiah jabatan ini pada peringkat awalnya akan menjadi platform utama kepada kakitangan jabatan menggunakan sepenuhnya teknologi terkini bagi mendapatkan bahan bacaan dan rujukan. Pembangunan sistem ini selaras dengan saranan kerajaan dalam kemajuan era digital dan teknologi masa kini.

Sehubungan itu, Bahagian Maktabah jabatan ini telah mengadakan sesi bengkel latihan penggunaan Sistem Maktabah Digital kepada semua kakitangan jabatan. Bermula dengan sesi latihan kepada para pentadbir sistem, ketua-ketua bahagian dan kepada semua kakitangan yang akan menjadi pengguna kepada sistem ini. Sesi latihan yang bermula seawal jam 8 pagi telah berlangsung di bilik mesyuarat jabatan ini dengan pengkelasan kepada 4 sesi iaitu, pentadbir, ketua bahagian dan 2 sesi untuk pengguna.

Pengendali bagi semua sesi latihan ini adalah Encik Asyraf Azhar dari Syarikat Pasca Jaya Sdn. Bhd. dan telah selesai dengan jayanya kira-kira pada jam 4 petang.

Adakah ruang menunggu di kaunter selesa, kemas dan bersih?
Perak State Mufti Department Level 5, Darul Ridzuan Islamic Complex, Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab, 30000 Ipoh, Perak. Phone : 05-2545332 | 05-2419694 Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
White Text Links
Kembali ke Atas