Accessibility Tools

Skip to main content
Majlis Rukyah Hilal Ramadan 1441H/2020M
Latihan MyGovUC 2.0

PANTAI PASIR PANJANG, 23 April 2020 – Satu program cerapan telah dilaksanakan di Baitul Hilal, Pantai Pasir Panjang, Mukim Pengkalan Bharu, Segari pada jam 6.00 petang. Walaubagaimanapun hasil Rukyah mendapati bahawa Hilal tidak kelihatan kerana faktor cuaca (hujan) pada petang tersebut.

Merujuk kepada Resolusi Muzakarah Khas Jawatankuasa MKI memutuskan bahawa Majlis Rukyah Hilal perlu diteruskan ketika dalam tempoh PKP ini. Oleh itu, Jabatan Mufti Negeri Perak telah melaksanakan Majlis Rukyah Hilal Ramadan pada petang Khamis 23 April 2020. Jabatan ini amat berterima kasih kepada YB Tuan Mohd Akmal bin Kamarudin, Exco Agama Islam dan Penerangan Negeri Perak Darul Ridzuan turut hadir pada majlis tersebut. Jabatan ini mengucapkan kepada Ahli Jawatankuasa Pelapor dan Urus Setia Bahagian Falak yg hadir selamat menjalankan tugas dan tetap mengamalkan langkah2 keselamatan bagi mencegah wabak COVID-19.

Adakah ruang menunggu di kaunter selesa, kemas dan bersih?
Perak State Mufti Department Level 5, Darul Ridzuan Islamic Complex, Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab, 30000 Ipoh, Perak. Phone : 05-2545332 | 05-2419694 Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
White Text Links
Kembali ke Atas