Accessibility Tools

Skip to main content
Berita/Aktiviti : Cerapan Rukyah Hilal Jamadilawal 1442H bersama INSTUN
Latihan MyGovUC 2.0

SEGARI, 15 DISEMBER 2021 – Satu program cerapan (rukyah) anak bulan bersama telah berjaya dilaksanakan di Baitul Hilal, Pantai Pasir Panjang, Mukim Pengkalan Bharu, Segari. Cerapan anak bulan atau hilal Jamadilawal 1442H ini dilakukan oleh 4 orang pegawai Bahagian Falak Jabatan Mufti Negeri Perak bersama dengan 5 orang pegawai dari Institut Tanah dan Ukur Negara, Tg. Malim (INSTUN).

Jabatan ini mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada Sr. Haji Ahmad Azmi Bin Hashim, Ketua Bahagian Ukur dan Pemetaan, INSTUN berserta 5 orang pegawai di bawah pentadbiran beliau atas kerjasama dalam menjayakan program cerapan secara bersama ini walaupun dalam suasana Perintah Kawalan Pergerakan di Negeri Perak.

Namun hasil cerapan tersebut mendapati bahawa hilal tidak kelihatan kerana faktor langit berawan sepanjang cerapan diadakan. Diharapkan agar program cerapan bersama seperti ini dapat diadakan lagi pada masa akan datang bersama-sama INSTUN dan agensi-agensi lain yang berkaitan.

Adakah ruang menunggu di kaunter selesa, kemas dan bersih?
Perak State Mufti Department Level 5, Darul Ridzuan Islamic Complex, Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab, 30000 Ipoh, Perak. Phone : 05-2545332 | 05-2419694 Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
White Text Links
Kembali ke Atas