Accessibility Tools

Skip to main content
Bengkel dan Program Pengukuran Kiblat Di Rumah Kariah Majid Abdul Rahman Auf
Latihan MyGovUC 2.0

IPOH, 19 JANUARI 2022 – Bengkel dan Program Pengukuran Kiblat Di Rumah Kariah Masjid Abdul Rahman Auf telah diadakan dengan jayanya semalam. Ia merupakan program kerjasama antara Jabatan Mufti Negeri Perak (JMNPk), Masjid Abdul Rahman Auf, Taman Rapat Koperasi (MAARUF) dan Persatuan Peminat Ilmu Falak Islam Perak (PPIFIP). Program ini bertujuan melatih ahli-ahli PPIFIP yang berminat untuk menjadi pengukur arah kiblat di rumah-rumah agar lebih berkemahiran dan berkelayakan dalam kerja-kerja pengukuran kiblat di lapangan.

Program dimulakan pada jam 8.00 pagi dengan sesi taklimat kepada ahli-ahli PPIFIP yang hadir. Taklimat telah disampaikan oleh AF. Ustaz Mohamad Faizal Bin Jani, Ketua Bahagian Falak, JMNPk. Para peserta dibahagikan kepada 3 kumpulan yang diketuai oleh 3 orang fasilitator iaitu Yang Di Pertua PPIFIP dan pegawai-pegawai Falak JMNPk. Pengukuran kiblat telah dilakukan di 10 buah rumah sekitar kariah tersebut yang telah membuat permohonan iaitu:

(1) 3 buah rumah Taman Rapat Koperasi
(2) 1 buah rumah Taman Gunung View
(3) 2 buah rumah Taman Rapat Permai
(4) 4 buah rumah Taman Ampang

Program berakhir kira-kira jam 12.30 tengah hari setelah jamuan makan tengah hari. Adalah diharapkan program ini dapat memberi pengalaman yang berguna dan dapat mempertingkat kemahiran pengukuran arah kiblat di kalangan ahli PPIFIP sekaligus merancakkan lagi aktiviti pengukuran arah kiblat PPIFIP di Negeri Perak ini.

Adakah ruang menunggu di kaunter selesa, kemas dan bersih?
Perak State Mufti Department Level 5, Darul Ridzuan Islamic Complex, Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab, 30000 Ipoh, Perak. Phone : 05-2545332 | 05-2419694 Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
White Text Links
Kembali ke Atas