Accessibility Tools

Skip to main content
Program Simposium Pendidikan Islam: Tasawuf dan Tarekat
Latihan MyGovUC 2.0

MANJUNG, 29 NOVEMBER 2022 – Program Simposium Pendidikan Islam: Tasawuf dan Tarekat telah berlangsung di Dewan Khatulistiwa, UniKL MIMET, Lumut Perak, anjuran Jabatan Mufti Negeri Perak dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Manjung, UniKL MIMET, Nahdhatul Ulama' Malaysia (NA'AM) dan Akademi Warisan Nusantara (AWAN). Program ini dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Sohibus Samahah Dato' Haji Zamri bin Hashim, Timbalan Mufti Negeri Perak mewakili Sohibus Samahah Mufti Perak. Simposium ini juga telah disempurnakan perasmiannya oleh YDH Toh Seri Bijaya Lt. Kol (B) Dato' Shaharudin bin Haji Nazari, Orang Besar Jajahan Manjung.

Program simposium kali ini telah membincangkan tajuk-tajuk yang menarik dan menampilkan beberapa tokoh ilmuan hebat tanah air, antaranya:

Slot 1 - (Kepentingan Amalan Tarekat Sebagai Penyucian Hati): Prof. Madya Dr. Muhammad Khairi Mahyuddin,Pensyarah Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
Slot 2 - (Isu-Isu Tarekat) Dr. Muhammad Ayman Al-Akiti, Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
Slot 3 - (Isu-Isu Kesufian) Ustaz Muhammad Iqbal bin Zain Al-Jauhari, Pembimbing Majlis Taalim Darul Mujtaba
Sesi Penggulungan - Tuan Guru Ahmad Ridouddin bin Abd Wahab. Rais Am Nahdhatul Ulama' Malaysia.

Alhamdulillah program yang telah mendapat perhatian pelbagai pihak ini juga turut disiarkan secara langsung di laman Facebook dan Youtube rasmi Jabatan Mufti Negeri Perak. Pihak penganjur mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung. Besarlah harapan kami agar program seperti ini dapat diadakan lagi dan akan mendapat sambutan yang lebih hebat pada masa akan datang.

Adakah ruang menunggu di kaunter selesa, kemas dan bersih?
Perak State Mufti Department Level 5, Darul Ridzuan Islamic Complex, Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab, 30000 Ipoh, Perak. Phone : 05-2545332 | 05-2419694 Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
White Text Links
Kembali ke Atas