Cerapan Matahari di SMK Lahat Sempena Minggu STEM dan VOTEK 2024
IPOH, 13 November – Diketuai oleh AF Ust Nor Izwan bin Hamdan serta dibantu 2 pelajar industri Universiti Malaya iaitu Muhammad Rashidi bin Mohamed Zubir dan Umar Abdul Aziz, Bahagian Falak Jabatan Mufti Negeri Perak telah menerima jemputan bagi Program Cerapan Matahari sempena Minggu STEM dan VOTEK 2024 yang berlangsung SMK Lahat ,Ipoh Perak.
Program cerapan ini bermula pada 10:00 pagi hingga 12.00 tengah hari dan disertai oleh 250 pelajar dari tingkatan 1 – 5 dan 10 orang guru. Dalam program cerapan ini para peserta telah diberikan peluang mencerap suar matahari (solar flare) dan aktiviti melihat tompok hitam matahari (sunspot).
Dengan itu, Pihak Jabatan Mufti Negeri Perak mengucapkan ribuan terima kasih kepada SMK Lahat diatas jemputan bagi memeriahkan lagi program y.ang dianjurkan ini.
Sesi rukyah hilal dimulakan pada kira-kira jam 6.00 petang hingga selesai. Walau bagaimanapun, keadaan cuaca tidak mengizinkan untuk hilal kelihatan. Ketua Bahagian Falak turut memaklumkan bahawa program seperti ini sering kali diadakan bagi memberikan pendedahan kepada pelajar dan masyarakat tentang kaedah penetapan awal bulan hijri di Malaysia dilaksanakan.
Semoga ia memberi manfaat kepada semua yang hadir dan terlibat sepanjang program.