MyGovUC 2.0 adalah perkhidmatan yang disediakan oleh MAMPU dan terbuka kepada semua agensi kerajaan di Malaysia. Ia merupakan Perkhidmatan Komunikasi dan Kolaboratif Bersepadu yang diuruskan secara berpusat. Ia menggabungkan saluran komunikasi seperti e-mel, persidangan video/audio, chat, dan Sistem Pengurusan Profil Pengguna (UPMS). Antara kelebihannya:
- Kemudahan akses melalui pelbagai peranti seperti desktop, laptop, dan telefon bimbit.
- Saluran komunikasi lengkap – e-mel, persidangan, perbualan berkumpulan, penghantaran fail besar, dan lain-lain.
- Keselamatan tinggi kerana dilaksanakan dalam rangkaian kerajaan dan oleh pembekal terurus.
- Penjimatan kos melalui pengurusan berpusat untuk semua agensi sektor awam.