Accessibility Tools

Skip to main content
Pengenalan kepada Kecerdasan Buatan (AI)
Latihan MyGovUC 2.0

IPOH, 13 JULAI 2023 – Kursus Pengenalan kepada Kecerdasan Buatan (AI) telah berlangsung di Perak Digital Hub, Meru, Ipoh di mana ianya telah disertai oleh semua pegawai dan kakitangan Jabatan Mufti Negeri Perak. Program ini telah dikendalikan oleh Bahagian Maktabah, Jabatan Mufti Negeri Perak. Prof. Mohamed Imran Bin Mohamed Ariff, Pensyarah, UiTM Perak Branch, Kampus Tapah telah dijemput sebagai penceramah dan pembimbing bagi program tersebut. Program tersebut bagi tujuan memberi pendedahan kepada para pegawai dan kakitangan Jabatan ini tentang kaedah Kecerdasan Buatan (AI).

Program bermula jam 9 pagi dan berakhir jam 5 petang. Di antara topik-topik yang telah diperjelaskan oleh penceramah adalah seperti Teknologi dan Teknik AI, Aplikasi AI dalam sektor kerajaan, AI dalam pentadbiran Islam dan trend dan peluang masa depan AI. Semoga program seperti ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh jabatan ini dalam meningkatkan tadbir urus dan proses membuat keputusan serta dapat meneroka peluang dan cabaran AI dalam sistem pentadbiran khususnya.

Adakah ruang menunggu di kaunter selesa, kemas dan bersih?
Perak State Mufti Department Level 5, Darul Ridzuan Islamic Complex, Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab, 30000 Ipoh, Perak. Phone : 05-2545332 | 05-2419694 Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
White Text Links
Kembali ke Atas