IPOH, 7 APRIL 2025 - Mesyuarat Pemantauan KPI Pengurusan Di Bawah Setiausaha Kerajaan Negeri Perak BIL. 1/2025 telah mengisytiharkan beberapa anugerah bagi Jabatan-Jabatan Kerajaan di bawah Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak.
Jabatan Mufti Negeri Perak telah menerima Sijil Kecemerlangan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak bagi kategori-kategori berikut :
Pertama - Anugerah Penyelesaian 100% Aduan Biasa di dalam Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPA) Bagi Tahun 2024.
Kedua - Anugerah 100%, 3 Hari Berkursus Bagi Tahun 2024.
Ketiga - Anugerah Pematuhan Terhadap Kriteria Pemantauan Laman Web Dan Servis Kerajaan (SPLASK).
Semua penghargaan ini tidak akan dapat dicapai tanpa kerjasama yang erat dari semua pihak. Bak kata pepatah "Bulat air kerana pembetung, Bulat manusia kerana muafakat".
Semoga dengan penghargaan kecemerlangan ini, dapat meningkatkan semangat warga Jabatan Mufti Negeri Perak agar misi dan visi jabatan dapat dicapai dengan jayanya.
|
Sumber: Jabatan Mufti Negeri Perak.