Bagan Datuk, 23 April - Unit Kiblat & Cerapan, Bahagian Falak Jabatan Mufti Negeri Perak telah melaksanakan tugas pengukuran dan penandaan arah kiblat di daerah Bagan Datuk iaitu Sekolah Menengah Imtiyaz Tuminah Hamidi, Bagan Datuk Perak. Seramai 3 orang pegawai dan kakitangan unit ini telah terlibat yang terdiri daripada Ustaz Nor Izwan bin Hamdan, Ustaz Rashidi bin Zubir dan seorang pelajar praktikal iaitu Ustaz Humaidi.
|
Sumber: Jabatan Mufti Negeri Perak.