klik untuk besarkan gambar YBhg. Tan Sri Dato' Seri (DR) Hj. Harussani bin Hj Zakaria
Mufti Negeri Perak Darul Ridzuan
Jabatan Mufti Negeri Perak


Alhamdulillah segala pujian bagi Allah swt dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad saw. Pembangunan Laman Web Jabatan pada masa kini amat perlu dilaksanakan di setiap jabatan untuk menyampaikan maklumat terkini. Dengan adanya Laman Web ini akan memudahkan pertukaran maklumat dan juga mempercepatkan sesuatu tindakan diambil.
Di zaman ICT sekarang ini kita harus mendapatkan sumber maklumat bagi tujuan kebaikan tidak sebaliknya. Hakikatnya, bukanlah sesuatu yang mudah bagi menyaring maklumat yang berada dalam Internet. Sungguhpun begitu, bukanlah sesuatu yang mustahil bagi seseorang menangkis segala godaan media jika asas yang dipegangnya kuat dan teguh. Oleh sebab itu, kawalan diri amat berkait rapat dengan keimanan kepada Allah swt . Hanya iman sahajalah yang boleh menjadi pengawal utama kepada pembentukan tingkah laku kita.
Akhir kata, saya menyeru agar masyarakat Islam di Negeri Perak Darul Ridzuan, sama-sama menimba ilmu daripada laman web ini untuk tujuan mempertingkatkan keimanan di samping dapat menghindarkan diri dari fatwa yang menyesat, yang bukan didasarkan dari dua sumber utama Al-Quran dan Hadith.
Sekian, wasallam.

YBhg. Tan Sri Dato' Seri (DR) Hj. Harussani bin Hj Zakaria
PSM., DSA., SPMP., DPMP., JSM., AMN., PKT., PJK.

** KLIK >> BIODATA TAN SRI MUFTI PERAK DARUL RIDZUAN

Cetak

FaLang translation system by Faboba