YBhg. SS Dato’ Seri Hj. Wan Zahidi Bin Wan Teh Mufti Negeri Perak Darul Ridzuan Jabatan Mufti Negeri Perak |
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG.
Segala puji bagi Allah s.w.t, pemilik sarwa sekelian alam. Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga Baginda, para sahabat Baginda dan sesiapa yang mengikuti mereka dengan keimanan dan keikhlasan hinggalah ke hari kiamat.
Sebagaimana yang sedia maklum, sesungguhnya perubahan dan kemajuan pesat dalam persekitaran teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) di abad ini telah memudahkan penyebaran maklumat dengan cepat. Justeru, kemampuan untuk meraih manfaat yang timbul daripada kemajuan ICT banyak bergantung kepada keupayaan dan kapasiti sesebuah organisasi untuk membuat penyesuaian dan menerima perubahan yang berlaku.
Sebagai salah satu agensi agama Islam, menjadi suatu keperluan bagi memperkasakan diri dengan pelbagai maklumat yang berguna terutamanya berlandaskan agama Islam sesuai dengan fungsi dan peranan utama organisasi. Justeru, Portal Rasmi ini diwujudkan sebagai satu wahana dan saluran komunikasi yang penting dalam menyediakan perkhidmatan dan penyebaran maklumat kepada pengguna kerana ianya dapat dicapai di mana jua berada tanpa mengira had masa. Selain itu, amat diharap agar laman web Jabatan Mufti Negeri Perak ini sedikit sebanyak dapat membantu menyebarkan ilmu pengetahuan dan informasi bermanfaat berkaitan agama Islam khususnya dengan lebih mudah dan tepat.
Dengan penuh hormat dan takzimnya jabatan ini mengucapkan Selamat Datang kepada mereka yang melayari Portal ini dan mengalu-alukan sebarang respon yang membina daripada semua pihak. Keprihatinan anda amat diharapkan bagi membantu kami melaksanakan tugas dan tanggungjawab sekaligus memberikan mutu perkhidmatan yang terbaik bagi manfaat kita bersama.
YBhg. SS Dato’ Seri Hj. Wan Zahidi Bin Wan Teh