WAKTU MALAYSIA

WAKTU MEKAH

WAKTU GMT

Hari Ini:

Waktu Perkhidmatan:
lsnin-Khamis
:
8.00am - 1.00pm
                                2.00pm - 5.00pm

Jumaat :
8.00am - 12.15pm
                    2.45pm - 5.00pm

Telefon: +605 254 5332
Faks: +605 241 9694

 
Selamat datang ke laman web JMNPk.

Rukyah Hilal Ramadhan 1429H akan diadakan di Baitul Hilal Pantai Pasir Panjang pada 31 Ogos 2008. Sila hubungi Unit Falak jabatan ini jika ingin turut menyertai rukyah tersebut.

Kemusykilan Agama Sila emailkan kemusykilan anda ke --> muftiperak@perak.gov.my

Semak laman ini setiap hari untuk mendapatkan informasi terkini mengenai aktiviti Jabatan ini bagi faedah bersama.


Kalendar Penuh
 
 
Kemaskini pada :
21-Aug-2008 04:31:54 PM
 
"Wahai pemuda-pemuda, sesiapa yang mampu di antara kamu (mempunyai belanja serta keinginan) hendak berkahwin, hendaklah ia kahwin, kerana sesungguhnya perkahwinan itu akan memejamkan matanya (terhadap orang yang tidak halal dilihatnya) dan terkawal kehormatannya dan sesiapa yang tidak mampu berkahwin hendaklah ia berpuasa, bahawa puasa itu menjadi benteng". ( Riwayat Muslim )
Info Bulan Hijrah
Syaaban ialah berpecah-pecah atau berpuak-puak. Masyarakat Quraiysh pada waktu itu terpaksa berpecah kepada beberapa kumpulan untuk mencari sumber air di padang pasir.

Dan apabila Rasulullah SAW datang, beliau mengekalkan nama itu sehinggalah sekarang. Rasulullah SAW telah menyebut tentang pelbagai kelebihan bulan Syaaban dalam hadis-hadisnya. Diantara hadis yang paling masyhur ialah; Rasulullah SAW bertanya kepada sahabat-sahabatnya,

“Tahukah kamu sekelian mengapa dinamakan dengan bulan Syaaban?” Para sahabat menjawab, “Allah dan RasulNya lebih mengetahui” Sabda Rasulullah SAW, “Kerana dalam bulan itu berkembanglah kebaikan yang banyak sekali.” (Dipetik dari kitab Raudatul Ulama).
 
 Muhasabah Diri Anda

Secara ajaib Tuhan mengatur agar pengorbanan itu akan tampak lagi melalui wajah-wajah jujur mereka saat sedang tidur. Pengorbanan yang kadang melelahkan serta memenatkan mereka namun enggan mereka ungkapkan. Dan ekspresi wajah ketika tidur pun membantu untuk mengungkap segalanya. Tanpa kata, tanpa suara dia berkata... "betapa lelahnya..penatnya aku hari ini". Dan penyebab lelah dan penat itu? Untuk siapa dia berpenat lelah Tak lain adalah KITA.....
 
Suami yang bekerja keras mencari nafkah, isteri yang bekerja keras mengurus dan
mendidik anak, juga rumah. Kakak, adik, anak, dan sahabat yang telah menemani hari-hari suka dan duka bersama kita.
 
Resapilah kenangan-kenangan manis dan pahit yang pernah terjadi dengan menatap wajah-wajah mereka. Rasakanlah betapa kebahagiaan dan rasa terharu seketika menerpa jika mengingat itu semua.
 
Bayangkanlah apa yang akan terjadi jika esok mereka "orang-orang terkasih itu" tak lagi membuka matanya, untuk selamanya ... "

 
 Isu Semasa

TUDUHAN ZINA ATAUPUN LIWAT PERLU KEPADA 4 SAKSI ?

Resolusi Muzakarah Cendekiawan Islam 2008

Program Muzakarah Cendekiawan Islam (Muzakarah Ulama') Tahun 2008
Sempena Sambutan Ulangtahun Keputeraan DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan ke 80 telah berlangsung pada 19 hingga 21 MEI 2008 bertemakan "Pembentukan Modal Insan Terbilang Ke Arah Perak Maju 2015" -->klik untuk lihat Album

 
 Berita Terkini
6/3/2008 – Khamis
Satu Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak telah diadakan di Bilik Mesyuarat, Jabatan Mufti Negeri Perak.
Mesyuarat akan diadakan apabila timbul permasalahan agama samada dari orang awam, badan bukan kerajaan atau jabatan-jabatan kerajaan yang mana perbincangan adalah perlu bagi menentukan hukum atau penyelesaian yang tepat bagi menyelesaikan masalah-masalah berbangkit.
17/5/2008- Sabtu
“Aku terima nikahnya Fatimah …”. Tanggal 17 Mei 2008, seorang Pegawai Hal Ehwal Islam Bahagian Falak Jabatan Mufti Negeri Perak, Ustazah Fatimah bt Ayoub telah selamat di ijabqabulkan dengan En. Mohd Nazren b Mohamad Ali di Masjid Parit 7A, Kg. Sungai Manik, Teluk Intan. Majlis kendurinya pula diadakan pada 25 Mei 2008.

>>> selanjutnya..

 Santapan Rohani

Garis Panduan Hiburan Yang Dibenarkan Dalam Islam 

Teguhkan Diri Kerana Hidup Semakin Sukar 

Khutbah - Nakbah Palestin 

Waktu: Aset Penting Pembangunan Ummah

Ciri Orang Beriman Menjauhi Perkara Syubhat

Penjagaan Aqal

Memelihara Nikmat Keamanan Dan Makanan

 
 Bank Kemusykilan

Soalan:

1)      Apakah hukumnya mengadakan majlis kenduri  dengan  menyembelih  binatang Aqiqah ?

2)    Mohon penjelasan bagaimana pandangan Islam Aqiqah yang afdal  dalam perkara ini , disamping dalil-dalil dalam Al-Quran dan Hadis ?

Jawapan:

1)      Ibadat aqiqah yang dibuat kenduri hukumnya sah, kerana daging boleh disedeqahkan kepada faqir miskin , dihadiahkan kepada orang kaya dan dimakan sendiri oleh orang yang membuat aqiqah selama mana aqiqah itu bukan aqiqah nazar.

2)      Penjelasan panjang lebar mengenai hukum- hakam aqiqah boleh didapati dari kitab-kitab agama yang berikut:

a)    Madlaul Badrain

b)    Kitab Buhgyatut Tulab –syaeikh Daud Fatani

c)    Kitab fiqh dan perundangan Islam – Dr Wahbah  Zuhaili

>>> selanjutnya..

 
Profil Jabatan
> Latar Belakang
> Bahagian Pentadbiran
> Bahagian Fatwa
> Bahagian Falak & Sumber Maklumat
> AJK Syariah

Sumber Informasi
> Berita Terkini
> Isu Semasa
> Bank Kemusykilan
> Fatwa & Keputusan AJK Syariah
> Himpunan Doa
> Mufti Di Media

Penerbitan
> Artikel/Khutbah Jumaat
> Buletin Jabatan
> Borang-borang
> Album Jabatan

Hyper-Rangkaian
> Pautan Laman
> Buku Pelawat / Soal-Jawab Agama
> Login Email Kakitangan
> Arkib Berita
> Administrator
 


Pautan Kerajaan
Pautan Akhbar
 

Telah dirasmikan oleh DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan pada 27 Julai 2004
Bilangan pengunjung semenjak 1 March 2005

PENAFIAN:
Jabatan ini tidak bertanggungjawab di atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami semasa melayari, memuat turun atau menggunakan maklumat-maklumat di dalam laman ini.

Resolusi paparan skrin terbaik 1024 X 768 pixel. Sesuai bagi sekurang-kurangnya Internet Explorer 7.0 atau Mozilla Firefox
© Copyright 1999 - 2006 Jabatan Mufti Negeri Perak. All right reserved