Apakah bidang tugas Pejabat Mufti Negeri Perak?
  1. Menjawab pertanyaan tentang hukum dan kemusykilan agama.
  2. Membuat penyelidikan dan menyediakan kertas kerja berkaitan permasalahan hukum untuk dibentangkan dalam mesyuarat Lembaga Fatwa Negeri Perak.
  3. Menjadi Rujukan terakhir perundangan syariah.
  4. Memberi pandangan hukum  berkaitan permohonan mendirikan solat Jumaat, menaik taraf surau ke masjid dan perobohan masjid/surau.
  5. Melakukan cerapan hilal bulan Ramadhan, Syawal dan Zulhijjah bagi menentukan tarikh permulaan berpuasa, hari raya aidilfitri dan raya qurban.
  6. Menentu dan mengesahkan arah kiblat di negeri Perak.
  7. Menyediakan data taqwim Islam, waktu solat, berbuka dan imsak.
Apakah yang dimaksudkan dengan fatwa dan warta?
  • Fatwa ialah sesuatu keputusan Majlis Fatwa Negeri Perak yang telah diwartakan dan mengikat setiap orang Islam yang berada di negeri Perak.Fatwa merupakan keputusan fatwa yang telah diwartakan oleh kerajaan negeri.
  • Warta adalah risalah (jurnal) berkala yang diterbitkan untuk menyiarkan pengumuman yang telah disahkan oleh kerajaan. Warta kerajaan adalah risalah yang diterbitkan oleh kerajaan untuk menyiarkan undang-undang (pelantikan dan lain-lain) yang telah disahkan oleh kerajaan.
Bagaimanakah proses-proses bagi pewartaan sesuatu fatwa?

TATACARA PEMBUATAN FATWA

  1. Permohonan kerajaan Negeri dan Pusat, Jabatan Kerajaan dan Swasta, NGO serta pelbagai pihak.
  2. Menjalankan penyelidikan dan menyediakan kertas kerja.
  3. Mengadakan mesyuarat Majlis Fatwa Negeri Perak.
  4. Maklumkan keputusan kepada Majlis Agama Islam Perak.
  5. Mohon perkenan Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri.
  6. Keputusan fatwa dicetak untuk pewartaan Kerajaan Negeri.
Siapakah yang terlibat dalam Majlis Fatwa Negeri Perak?

Ahli Majlis Fatwa Negeri Perak terdiri daripada :

  1. Mufti , sebagai Pengerusi ;
  2. Timbalan Mufti
  3. Dua orang anggota Majlis yang dinamakan oleh Majlis
  4. Tidak kurang daripada tiga orang dan tidak lebih daripada tujuh orang yang layak dan sesuai atas nasihat Mufti ; dan dilantik oleh Majlis; dan
  5. Seorang pegawai dari Pejabat Mufti yang dilantik oleh Majlis sebagai setiausaha
Bagaimana caranya saya ingin mendapatkan tauliah mengajar agama islam di Negeri Perak?
Pertamanya anda perlu mengisi borang tauliah mengajar yang boleh diperolehi di Jabatan ini. Kemudian anda perlu menghadiri peperiksaan tauliah mengajar seterusnya sekiranya anda lulus dalam peperiksaan tersebut, anda akan dipanggil untuk temuduga tauliah mengajar agama islam Negeri Perak.
Berapa kali peperiksaan tauliah mengajar agama islam dalam setahun?
Peperiksaan tauliah mengajar agama islam hanya diadakan sekali dalam setahun.
Apakah subjek di dalam kertas peperiksaan tauliah mengajar agama islam Negeri Perak?
Subjek yang terdapat didalam kertas peperiksaan tauliah mengajar agama islam Negeri Perak adalah seperti berikut : Tauhid, Fiqh, Tasawuf Islam, Sirah, Hadith, Tafsir.
Bagaimana saya ingin mendapatkan perkhidmatan arah kiblat?

Anda boleh mendapatkan perkhidmatan arah kiblat untuk masjid dan surau dengan mengisi borang dengan lengkap. Borang tersebut boleh dimuat turun dari laman web ini.

Berapakah tempoh masa yang diambil untuk proses permohonan arah kiblat?
14 hari bekerja.
Bolehkah orang ramai turut serta di dalam aktiviti cerapan atau rukyah anak bulan dan apakah prosedur ?
Selain bulan Ramadhan, Syawal dan Zulhijjah orang ramai juga boleh turut serta dalam aktiviti cerapan anak bulan yang lain. Prosedurnya hanya kemukakan surat permohonan dengan menyatakan jumlah rombongan.
Apakah prosedur yang perlu dilaksanakan jika ada pihak yang ingin membuat lawatan rasmi ke Balai Cerap Baitul Hilal?
Anda boleh menghantar surat permohonan kepada kami dengan menyatakan tujuan, tarikh, masa, dan bilangan pelawat agar pihak kami boleh mempertimbangkan permohonan tersebut.
Bagaimana cara untuk membeli buku-buku terbitan Jabatan Mufti?
Buku-buku hanya boleh dibeli dengan datang sendiri ke tingkat lima Jabatan Mufti.
Adakah buku-buku terbitan jabatan mufti dijual di tempat lain?
Setakat ini buku-buku terbitan Jabatan Mufti hanya dijual di Jabatan Mufti sahaja.
Bagaimanakah saya ingin mendapat pencerahan mengenai soal jawab/kemusykilan agama?

Anda boleh mendapat sebarang pertanyaan melalui :

  1. Berjumpa terus/datang ke Jabatan Mufti dan bertemu dengan pegawai yang berkenaan;
  2. Melalui talian telefon ke Jabatan Mufti;
  3. Melalui surat/facebook/email;
  4. Melalui program soal jawab agama di Perak FM pada setiap hari Jumaat jam 8.15 pagi hingga 9.00 pagi.
Bagaimana cara untuk bertanya soalan-soalan hukum?
  • Boleh diemel, alamat emel boleh dirujuk ke bahagian Hubungi Kami atau boleh telefon terus ke Jabatan Mufti.

  • Boleh bertanya secara dalam talian melalui segmen Soal Jawab Agama di radio Perak.fm pada setiap Jumaat jam 8.15 pagi.

Bagaimana caranya saya ingin berjumpa dengan S.S Mufti Kerajaan Negeri Perak?
Anda perlu membuat temujanji terlebih dahulu sebelum berjumpa dengan S.S Mufti Kerajaan Negeri Perak. Temujanji tersebut boleh dibuat dengan hubungi Penolong Tadbir (Kesetiausahaan) samada datang ke Jabatan ini atau telefon ketalian 05-2545332.
Bila sesuatu perbincangan/Muzakarah diadakan?

Mengikut keperluan dan isu-isu berbangkit.

Apakah yang dimaksudkan dengan Istiwa A`zam (أعظام)?

Fenomena Istiwa’ a’zam (أعظام) merupakan fenomena dimana kedudukan Matahari berada tepat di titik zenith (atas) kaabah. Fenomena ini akan berlaku sebanyak 2 kali dalam setahun. Justeru itu, bayang-bayang objek yang berada di mana-mana tempat akan menghala ke arah kaabah. Ini merupakan kaedah asas falak dalam menentukan arah kiblat di sesuatu tempat di muka bumi. Di Malaysia, bayang-bayang objek di negara ini akan menghala ke arah Kaabah pada pukul 5:16 petang pada 28 Mei manakala 5:28 petang pada 16 Julai setiap tahun. Oleh itu semua umat Islam khususnya di Malaysia digalakkan untuk menyemak semula arah kiblat di tempat kediaman dan tempat ibadah masing-masing bagi menentu dan mengesahkan ketepatan arah kiblat yang sebenar.

Apakah yang dimaksudkan dengan Ijtimak?

Ijtimak ditafsirkan sebagai permulaan pemisahan antara fasa bulan lama apabila berlaku bulan berada di antara bumi dengan matahari. Ketika ijtimak, bahagian bulan yang bercahaya menghadap ke arah matahari, manakala bahagian yang gelap menghadap ke arah bumi.

Cetak Emel