Objektif
Membantu Mufti dalam menguruskan isu-isu Falak, menginstitusikan Bahagian Falak sebagai pusat rujukan, pendidikan dan penyelidikan dalam isu-isu yang berkaitan ilmu Falak serta melahirkan masyarakat celik Falak dan ahli Falak yang berkemahiran tinggi.

Unit Kiblat dan Cerapan
Bertanggungjawab menentu, mengesah atau menyemak arah kiblat masjid, surau, musolla dan tanah perkuburan Islam, melaksanakan majlis cerapan hilal rasmi (Ramadan, Syawal, Zulhijjah), program cerapan hilal bulanan serta cerapan gerhana bulan, gerhana matahari, planet dan buruj. Sementara itu, membuat laporan terhadap cerapan-cerapan yang telah dilakukan serta mengurus dan menyelenggara Baitul Hilal, stor simpanan, artifak dan peralatan Falak.

Unit Takwim dan Keurusetiaan
Berperanan menyusun dan mengesahkan takwim solat serta almanak Negeri Perak tahunan. Selain itu, menganjurkan bengkel, kursus dan seminar pendidikan Falak peringkat negeri serta kebangsaan. Seterusnya, menjadi urus setia bagi Mesyuarat Jawatankuasa Falak Negeri Perak, Mesyuarat Pembinaan Kompleks Balai Cerap Negeri Perak dan Mesyuarat Jawatankuasa Rukyah Hilal Ramadan, Syawal, Zulhijjah. Dalam pada itu, menjalankan kajian berkenaan isu-isu falak dan syarak yang timbul serta menguruskan pameran-pameran Falak.

Cetak Emel