• Utama
  • Profil
  • Jabatan
  • Pengenalan
Perlembagaan Persekutuan memberi kuasa kepada kerajaan-kerajaan negeri untuk mentadbir hal ehwal agama Islam. Pembahagian kuasa di antara kerajaan-kerajaan negeri dan Persekutuan ini adalah selaras dengan kuasa ketua agama di dalam negeri iaitu DYMM Sultan di negeri-negeri Melayu yang beraja. Sementara bagi negeri-negeri yang tidak beraja ialah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
 
Yang di-Pertuan Agong dan Sultan-sultan mempunyai kuasa tertinggi dalam hal ehwal agama Islam di dalam negeri masing-masing. Di setiap negeri juga ditubuhkan Majlis Agama Islam yang menjadi pihak yang mempunyai kuasa utama dalam hal ehwal agama Islam dan berfungsi untuk membantu dan menasihati Yang di-Pertuan Agong dan Sultan dalam semua perkara yang berhubung dengan agama Islam di dalam negeri masing-masing.
 
Bagi menentukan institusi fatwa ini berfungsi sebagaimana yang sewajarnya, kerajaan-kerajaan negeri mengasingkan pentadbiran institusi ini daripada Majlis Agama Islam Negeri atau Jabatan Agama Negeri dan Mahkamah Syariah di negeri masing-masing.
Jawatankuasa Syariah Negeri Perak merupakan satu badan yang diletakkan di bawah Majlis Agama Islam Negeri Perak. Oleh yang demikian, dalam membincangkan latarbelakang Jawatankuasa Syariah Negeri Perak ini, adalah lebih baik jika kita membincangkan terlebih dahulu sejarah penubuhan Majlis Agama Islam Negeri Perak. Ini memandangkan kedua-dua badan ini mempunyai kaitan yang rapat antara satu sama lain. Warga Jabatan Mufti berpegang kepada LIMA NILAI BERSAMA dalam melaksanakan misinya kearah pencapaian visi yang ditetapkan, iaitu :

M - Masu'uliyyah (Bertanggungjawab)
U - Ubudiyyah (Pengabdian)
F - Faqeeh (Kejituan Ilmu)
T - Tasamuh (Toleransi)
I - Itqan (Ketelitian)

Cetak Emel