Accessibility Tools

Skip to main content

"Bulan Dipagari Awan"

"Bulan Dipagari Awan"
Latihan MyGovUC 2.0

PARIT BUNTAR, 1 OGOS 2023 - “Bulan dipagari awan”, begitu ungkapan para petugas Bahagian Falak ketika program Cerapan Bulan Penuh di Masjid Tebuk Haji Musa, Parit Buntar. Program kerjasama di antara Bahagian Falak, Jabatan Mufti Negeri Perak dengan Pengurusan Masjid Tebuk Haji Musa ini telah berjaya menarik minat kira-kira 100 orang jemaah termasuk wanita dan kanak-kanak..

Program dimulakan dengan kuliah Maghrib Khas yang telah disampaikan oleh AF Ustaz Mohd Hafiz bin Sulaiman, Ketua Bahagian Maktabah yang juga anak jati qariah masjid ini. Beliau mengupas tentang ayat-ayat kauniyyah yang menyatakan tentang kejadian objek samawi yang harus dijadikan sebagai fenomena rujukan dan kajian yang berteraskan ibadah kita sebagai umat Islam. Kejadian siang dan malam serta pergerakan dan peredaran objek di langit merupakan salah satu tanda keAgungan Allah serta kaitannya secara langsung dengan pelaksaan ibadah umat Islam.

Usai solat Isyak, para jemaah yang hadir telah diperkenalkan dengan beberapa peralatan yang digunakan untuk menjalankan aktiviti cerapan bulan penuh. Sesi cerapan ini diketuai oleh AF Ustaz Mohamad Faizal bin Jani, Ketua Bahagian Falak. Sebanyak 5 buah teleskop pelbagai jenis telah dipasang untuk sesi cerapan tersebut di antaranya ialah teleskop MEADE ETX 80, MEADE LX200, SHARPSTAR 100mm dan ORION 80mm.

Walaupun pada awal sesi cerapan, awan menutupi bulan namun sekitar jam 10 malam, Allah memberi rezeki kepada para pengunjung untuk menatapi keindahan bulan melalui teleskop yang telah disediakan. Rata-rata pengunjung yang berpeluang mencerap bulan melalui teleskop menyatakan bahawa ini merupakan pengalaman pertama serta pengalaman yang amat bermakna. Program sebegini dilihat sebagai salah satu kaedah pendekatan pendidikan falak kepada masyarakat secara langsung.

Read more …"Bulan Dipagari Awan"

  • Hits: 34

Malam Kemuncak Maulid Agong Alam Melayu 2023

Malam Kemuncak Maulid Agong Alam Melayu 2023
Latihan MyGovUC 2.0

KUALA KANGSAR, 13 OGOS 2023 - Satu program yang diberi nama Maulid Agung Alam Melayu anjuran jabatan ini telah diadakan di Universiti Sultan Azlan Shah (USAS), Kuala Kangsar dengan kerjasama USAS, Majlis Perbandaran Kuala Kangsar dan beberapa agensi lain. Program yang julung kali diadakan ini telah bermula pada jam 9.00 pagi dengan ucap utama oleh SS Mufti Negeri Perak, Dato' Hj. Wan Zahidi bin Wan Teh dan selesai sepenuhnya pada kira-kira jam 12.00 malam.

Beberapa pengisian yang telah berjaya dilaksanakan sepanjang program berlangsung seperti sesi Pembacaan Manaqib, sesi forum Muzakarah Warisan Bangsa, Perarakan Berselawat Berbusana Melayu, Bacaan Surah Yaasin dan Tahlil serta acara kemuncak diisikan dengan Bacaan Al-Quran, Qasidah, Selawat dan Tausiah Khas yang disampaikan oleh Syeikh Rohimuddin Nawawi Al-Bantani.

Read more …Malam Kemuncak Maulid Agong Alam Melayu 2023

  • Hits: 60

Program Bedah Buku Ajaib Al-Makhluqat Wa Ghara’ib Al-Maujudat

Program Bedah Buku Ajaib Al-Makhluqat Wa Ghara’ib Al-Maujudat
Latihan MyGovUC 2.0

KUALA KANGSAR, 16 OGOS 2023 - Program Bedah Buku Ajaib Al-Makhluqat Wa Ghara'ib Al-Maujudat telah berlangsung di Masjid Ridzwaniah, Kuala Kangsar. Dua orang pengulas iaitu Dr Mohd Fahmi bin Abdul Khir, Ahli Jawatankuasa Falak Ng Perak dan Dr Mohd Faizal bin Abdul Khir, Pensyarah Kanan USAS telah mengupas isu-isu penting yang terkandung dalam buku berkenaan.

Read more …Program Bedah Buku Ajaib Al-Makhluqat Wa Ghara’ib Al-Maujudat

  • Hits: 56

Program ICT: Latihan Pengguna Mygovuc 2.0 Jabatan Mufti Negeri Perak

Program ICT: Latihan Pengguna MyGovUC 2.0 Jabatan Mufti Negeri Perak
Latihan MyGovUC 2.0

IPOH, 13 SEPTEMBER 2023 – Jabatan Mufti Negeri Perak telah menganjurkan program Latihan Pengguna MyGovUC 2.0 di Digital Hub Perak, Meru Raya Ipoh, Perak. Program ini bertujuan untuk memberikan latihan kepada pengguna dalam menggunakan sistem MyGovUC 2.0. Latihan ini diadakan bagi memastikan pengguna dapat menguasai sistem dengan baik dan memaksimumkan kegunaannya. Penceramah jemputan pada program ini adalah Mohd Fadhilizwandie Bin Sulong, pengurus projek MyGovUC Change Management di PERNEC Integrated Network SDB BHD (MyGovUCProject).

MyGovUC 2.0 adalah perkhidmatan yang disediakan oleh MAMPU dan terbuka kepada semua agensi kerajaan di Malaysia. Ia merupakan Perkhidmatan Komunikasi dan Kolaboratif Bersepadu yang diuruskan secara berpusat. Ia menggabungkan saluran komunikasi seperti e-mel, persidangan video/audio, chat, dan Sistem Pengurusan Profil Pengguna (UPMS). Antara kelebihannya:

  1. Kemudahan akses melalui pelbagai peranti seperti desktop, laptop, dan telefon bimbit.
  2. Saluran komunikasi lengkap – e-mel, persidangan, perbualan berkumpulan, penghantaran fail besar, dan lain-lain.
  3. Keselamatan tinggi kerana dilaksanakan dalam rangkaian kerajaan dan oleh pembekal terurus.
  4. Penjimatan kos melalui pengurusan berpusat untuk semua agensi sektor awam.

Read more …Program ICT: Latihan Pengguna Mygovuc 2.0 Jabatan Mufti Negeri Perak

  • Hits: 63

Majlis Rukyah Hilal Ramadan 1444H / 2023M

Majlis Rukyah Hilal Ramadan 1444H / 2023M
Latihan MyGovUC 2.0

SEGARI, 22 MAC 2023 – Jabatan Mufti Negeri Perak (JMNPk) telah menganjurkan Majlis Rukyah Hilal Ramadan 1444H / 2023M.

Read more …Majlis Rukyah Hilal Ramadan 1444H / 2023M

  • Hits: 104
Adakah ruang menunggu di kaunter selesa, kemas dan bersih?
Perak State Mufti Department Level 5, Darul Ridzuan Islamic Complex, Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab, 30000 Ipoh, Perak. Phone : 05-2545332 | 05-2419694 Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
White Text Links
Kembali ke Atas