1 IPOH - Jabatan Mufti Negeri Perak telah menganjurkan Bengkel Pelaksanaan “Job Description” Di Dalam Sistem HRMIS dimana bengkel yang dikoordinasikan oleh Bahagian Pentadbiran Dan Kewangan ini telah diadakan di Bilik Latihan Komputer, Hub Inovasi & Multimedia, Digital Perak Corporation Holdings pada 30 Mac 2022. Ianya dikhaskan kepada semua pegawai dan anggota Jabatan Mufti Perak yang dipertanggungjawabkan untuk mengimput data ke dalam modul yang berkaitan di dalam sistem HRMIS. 2 orang penceramah jemputan dari Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak telah mengendalikan bengkel pada kali ini.

Objektif bengkel ini adalah bagi memantapkan peratusan input data dari semua pegawai dan anggota Jabatan Mufti Negeri Perak disamping mengenal pasti permasalahan dan cabaran dalam penggunaan sistem HRMIS yang sedia ada dari segi aspek modul, aplikasi, teknikal dan capaian.

Seramai 23 peserta terdiri daripada pegawai dan anggota dari jabatan ini telah mengikuti dan berjaya menamatkan bengkel pada kali ini dengan jayanya. Bengkel berakhir dengan sesi soal jawab di antara penceramah HRMIS dan peserta bengkel di dalam menyelesaikan segala kemusykilan berkaitan sistem HRMIS.

1 2

Sumber: Bahagian Pentadbiran, Jabatan Mufti Negeri Perak.

Cetak Emel