Pencapaian Piagam Pelanggan Jabatan Mufti Negeri Perak Bagi Tahun 2020
(Sehingga 30 Mei 2020)
Kami berikrar dengan izin Allah untuk :
| Bil. | Piagam Pelanggan | Pengukuran Pencapaian 2020 (Sehingga 30 Mei 2020) | Peratusan / Pencapaian | 
| 1. | Mengeluarkan fatwa untuk masyarakat terutama yang berkaitan isu semasa secara lengkap dan jelas. | Mesyuarat Ahli Jawatan Kuasa Fatwa telah ditetapkan sekurang-kurangnya 4 kali setahun (3 bulan sekali). | 0% Tiada Mesyuarat. | 
| 2. | Melahirkan guru-guru yang berkelayakan, bertauliah dan memenuhi spesifikasi pengujian yang telah ditetapkan. | Melaksanakan peperiksaan tauliah terhadap calon-calon yang memohon sekali setiap tahun. | 100% Tiada | 
| 3. | Mengukur dan mengesahkan permohonan arah kiblat di masjid, surau dan tapak perkuburan. | Permohonan pengesahan arah kiblat diproses dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh penerimaan permohonan, iaitu maklumbalas penerimaan permohonan dalam tempoh 3 hari, dan proses pengesahan dalam tempoh 11 hari berikutnya. | 100% | 
| 4. | Menjalankan cerapan hilal Ramadan, Syawal dan Zulhijjah bagi penetapan puasa dan hari raya. | Cerapan hilal dilakukan sekurang-kurangnya 3 kali setahun, iaitu bagi bulan Ramadhan, Syawal dan Zulhijjah. | 100% 22 Mei 2020 - Majlis Rukyah Hilal Syawal 1441H / 2020M | 
| 5. | Membentuk dan menyediakan bahan-bahan rujukan ilmiah kepada masyarakat. | Menyelaras dan menerbit sekurang-kurangnya 2 buah buku/risalah kepada masyarakat setiap tahun. | Tiada | 
| 6. | Menganjurkan program-program jabatan bersama masyarakat dalam memberi khidmat nasihat berkaitan isu-isu semasa. | Melaksanakan program-program tersebut sekurang-kurangnya 2 kali setahun. | 100% 22 Mei 2020 - Majlis Rukyah Hilal Syawal 1441H / 2020M. | 










 
 
 
 
 
 
 
 
