CARA MEMBELANJAKAN WANG FAEDAH BANK

Permasalahan

Allah SWT telah mengharamkan riba. Terdapat banyak istilah mengelirukan masyarakat Islam yang digunakan untuk menggantikan perkataan riba seperti bunga dan faedah walaupun hakikatnya adalah sama.

Wang faedah yang diperolehi daripada wang yang disimpan di dalam bank konvensional adalah termasuk dalam istilah riba yang diharamkan oleh Islam. Apakah langkah yang sepatutnya dilakukan dalam membelanjakan wang-wang faedah tersebut?

Keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Syariah Negeri Perak

Mesyuarat Jawatankuasa Syariah yang bersidang pada hari ini 2 Rejab 1420H bersamaan 12 Oktober 1999 buat kali ke 147 berpandangan:-

“Wang faedah simpanan bank boleh digunakan untuk perkara-perkara yang hina dan digunakan untuk maslahat umum seperti membina pagar dan pintu pagar masjid, membina tempat letak kereta (untuk kegunaan ramai), membina jalan, tandas dan sebagainya yang bersangkutan dengan kepentingan ramai.”

Cetak Emel

WANG PENCEN, KWSP, DIVIDEN SAHAM DAN HUTANG SI MATI. ADAKAH TERMASUK DALAM HARTA PUSAKA?

Permasalahan

Antara kewajipan yang perlu disegerakan selepas kematian seseorang ialah membahagi-bahagikan harta pusaka. Seringkali berlaku pertelingkahan dalam masyarakat mengenai hal pembahagian harta pusaka ini.

Kekeliruan sering timbul dalam beberapa perkara sama ada harta tersebut termasuk dalam harta yang perlu difaraidhkan atau tidak seperti:-

  1. Wang pencen
  2. Insuran si mati
  3. Wang pampasan si mati
  4. KWSP
  5. Wang simpanan bank
  6. Kutipan sewa dari harta si mati
  7. Hutang si mati yang telah dibayar
  8. Dividen

Keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Syariah Negeri Perak

Mesyuarat Jawatankuasa Syariah yang bersidang pada hari ini 16 Rabi‘ulawwal 1420H bersamaan 29 Julai 1999 buat kali ke 146 berpandangan:-

  1. Wang pencen si mati adalah bukan harta pusaka.
  2. Wang Premium Insuran si mati adalah harta pusaka manakala wang ganjaran adalah bukan harta pusaka.
  3. Wang pampasan si mati bukan harta pusaka.
  4. KWSP adalah harta pusaka.
  5. Wang simpanan bank si mati adalah harta pusaka selain wang faedah.
  6. Kutipan sewa dari harta si mati adalah termasuk harta pusaka.
  7. Hutang si mati yang telah dibayar termasuk dalam harta pusaka.
  8. Dividen ASN/ASB termasuk dalam harta pusaka.

Cetak Emel

Koleksi artikel-artikel Minda Mufti:-

Koleksi Artikel 2019

Bil. Tarikh:
Seksyen: Senarai Artikel:
1. 28.1.2019 Kalam Mufti Kenyataan Rasmi Bil. 1/2019: Status Operasi Dewan Perkasa Ekonomi Islam Nusantara (DPEIN)
2. 20.2.2019 Kalam Mufti Kenyataan Rasmi Bil. 2/2019: Isu Penghinaan Ke Atas Nabi Muhammad SAW
3. 1.3.2019 Kalam Mufti Kenyataan Rasmi Bil. 3/2019: Mohon penjelasan YB Menteri Agama berkaitan tafsiran "Hina Agama" dalam cadangan pindaan kanun keseksaan berkaitan menghina agama.
4. 3.5.2019 Bayan Hukum Kenyataan Rasmi Bil. 4/2019:Pelaksanaan solat tarawih dengan berimamkan dari luar negeri Perak
5. 19.6.2019 Kalam Mufti Kenyataan Rasmi Bil. 5/2019: Menolak Gejala Politik Lucah
6. 20.6.2019 Kalam Mufti Kenyataan Rasmi Bil. 6/2019:Isu Penglibatan Warganegara Bukan Islam Dalam Cadangan Penambahbaikan Mata Pelajaran Pendidikan Islam Di Bawah Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan
7. 23.7.2019 Kalam Mufti Kenyataan Rasmi Bil 7/2019: Isu Pemberian Daging Korban Kepada Bukan Islam
8. 12.7.2019 Dairah Falak Kenyataan Rasmi Bil 8/2019: Istiwa A’dzam 2019
9. 08.7.2019 Dairah Falak Kenyataan Rasmi Bil 9/2019: Gerhana Bulan Separa
10. 06/08/2019 Kalam Mufti Kenyataan Rasmi Bil 10/2019: Tulisan Jawi dan Khat Memperkukuh Perpaduan Masyarakat Malaysia
11. 20/08/2019 Kalam Mufti Kenyataan Rasmi Bil 11/2019: Membina kebertanggujawaban bersama terhadap permasalahan ummah
12. 10/09/2019 Kalam Mufti Kenyataan Rasmi Bil 12/2019: Memperkasa ekonomi Umat Islam dengan mengutamakan produk muslim
13. 29/11/2019 Kalam Mufti Kenyataan Rasmi Bil 14/2019: Penetapan Waktu Solat Subuh Bagi Negeri Perak​

Cetak Emel