• Home
  • Yearly News Archive

Majlis Rukyah Hilal Syawal 1438H

SEGARI, 26 JUN 2017 – Program Majlis Rukyah Hilal Syawal 1438H bersamaan 2017M telah berjaya diadakan pada hari Sabtu yang lalu. Program ini merupakan program tahunan Jabatan Mufti Negeri Perak bertujuan membuat penetapan tarikh Hari Raya Aidilfitri, iaitu pada 1 Syawal setiap tahun Hijri. Ia diadakan di Baitul Hilal, Pantai Pasir Panjang, Mukim Pengkalan Bharu, Segari bermula jam 5.30 petang.

Program ini buat julung-julung kalinya telah dihadiri oleh YB. Dato’ Seri Abdul Puhat bin Mat Nayan, Setiausaha Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan. Antara tetamu kehormat yang turut hadir ialah Y.A.A. Dato’ Haji Asa’ari Bin Haji Mohd Yazid, Ketua Hakim Syarie, Jabatan Kehakiman Syariah Perak, Y.D.H. Toh Seri Bijaya Lt. Kol (B) Dato’ Shaharudin Bin Haji Nazari, Orang Besar Jajahan Manjung, Orang-orang Besar Jajahan Negeri Perak serta Ketua-ketua Jabatan sekitar daerah Manjung.

Program bermula dengan Majlis Bacaan Tahlil selepas solat Asar, diikuti dengan Taklimat Kedudukan Hilal Syawal yang disampaikan oleh S.F. Ustaz Mohamad Faizal Bin Jani, Pegawai Falak, Jabatan Mufti Negeri Perak. Selepas itu program diteruskan dengan aktiviti rukyah hilal iaitu melihat anak bulan dengan menggunakan peralatan yang disediakan. Ia bermula sekitar jam 6.45 petang. Tetamu-tetamu kehormat serta hampir 300 orang awam yang hadir berpeluang menggunakan peralatan-peralatan tersebut.

Pada jam 7.48 malam, S.S. Tuan Haji Zamri Bin Hashim, Timbalan Mufti Negeri Perak mengumumkan bahawa anak bulan atau hilal Syawal telah tidak kelihatan di Pantai Pasir Panjang, Mukim Pengkalan Bharu. Ianya berpunca dari faktor awan yang tebal. Program diakhiri dengan jamuan makan malam selepas solat Maghrib.

Laporan Rukyah Hilal Syawal Bagi Tahun 1438H / 2017M
Tarikh : 29 Ramadan 1438H / 24 Jun 2017M (SABTU)
Masa : 5.30 Petang
Tempat : Baitul Hilal, Pantai Pasir Panjang, Segari.
Kehadiran Jemputan: Hampir 300 orang hadir.
YB. Dato’ Seri Abdul Puhat bin Mat Nayan, Setiausaha Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan. Ketua Hakim Syariah Negeri Perak Orang-Orang Besar Jajahan, Ketua-Ketua Jabatan Daerah Manjung serta wakil Ahli-ahli Jawatankuasa Kerja Majlis Rukyah Hilal Syawal Pegawai-Pegawai Agama dan orang awam. Majlis bermula 5.30 ptg hingga 8.30 mlm.

5.30 ptg : Ketibaan para tetamu
5.45 ptg : Ketibaan Dif-dif jemputan
             : Tahlil
             : Taklimat Kedudukan Hilal Syawal Oleh:
               Pegawai Hal Ehwal Islam, Bahagian Falak, Jabatan Mufti Negeri Perak.
6.45 ptg : Aktiviti Rukyah Dimulakan
             : Pengumuman Kenampakan Hilal Oleh:
               S.S. Tuan Hj. Zamri b. Hashim. Timbalan Mufti Negeri Perak
             : Solat Maghrib
             : Makan Malam
             : Majlis Bersurai Pada jam 6.45 petang, sesi cerapan Hilal Syawal dimulakan.

Pengumuman kenampakan hilal di Pantai Pasir Panjang, Mukim Pengkalan Bharu telah diumumkan oleh S.S Tuan Hj. Zamri bin Hashim, Timbalan Mufti Negeri Perak setelah hilal terbenam pada jam 7.48 mlm.

Sumber: Unit Pusat Sumber, Bahagian Maktabah JMNPK

Perhimpunan Bulanan Jabatan Mufti Bil.5/2017

perhimpunan bulanan

IPOH, 22 JUN 2017 – Perhimpunan bulanan Jabatan Mufti Negeri Perak telah berjaya diadakan buat kali ke-5 pada tahun ini. Ianya melibatkan semua pegawai dan kakitangan jabatan seramai 29 orang termasuk ketua jabatan iaitu S.S. Tan Sri Dato’ Seri (Dr.) Haji Harussani Bin Haji Zakaria. Turut terlibat ialah seorang pelajar latihan industri dari Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA).

 

Perhimpunan kali ini diadakan di Bilik Persidangan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perak (MAIAMP) kerana faktor bulan puasa. Seperti biasa perhimpuanan bermula dengan nyanyian lagu Negaraku dan alunan nasyid Asma’ Al-Husna. Bagi memberkati majlis, A.F. Ustaz Ahmad Khairul Nizam telah dijemput bagi memimpin bacaan doa. Ia diikuti dengan Tausiyyah yang disampaikan oleh S.S. Tan Sri Mufti.

Sempena dengan bulan Ramadan, S.S. Tan Sri Mufti memilih untuk berbicara berkaitan dengan nikmat-nikmat yang Allah telah kurniakan kepada hamba-hambaNya dan menasihatkan semua agar bermuhasabah dengan kekurangan dan kelemahan diri dalam menzahirkan kesyukuran atas segala nikmat-nikamtNya.

Perhimpunan kali ini merupakan yang terakhir buat Penolong Pegawai Tadbir, Pn. Norizah Binti Mohamad Nordin yang akan bertukar disebabkan kenaikan pangkat. Beliau telah dijemput memberikan ucapan perpisahan dan menerima cenderamata kenangan dari jabatan. Sebelum bersurai, turut diadakan sesi perkenalan dengan pelajar latihan industri serta penyerahan sumbangan Aidilfitri oleh Kelab Kebajikan dan Sukan jabatan kepada semua pegawai dan kakitangan.

perhimpunan bulanan perhimpunan bulanan

Sumber: Unit Pusat Sumber, Bahagian Maktabah JMNPK

Hilal Ramadhan 1437H Observation Program

SEGARI, 5 JUN 2016 – Hilal Ramadhan 1437H observation program organized by the Perak Mufti Department at Baitul Hilal, Pantai Pasir Panjang. This program is an annual program for meet the demands of the religious which set the start of Ramadhan fasting is to observe at the new moon.

Approximately 500 guests attended this ceremony. Among those present was the Honourable Tuan Asa'ari Bin Hj. Mohd Yazid, Chief Syarie Judge and Chairman of the Perak Syariah Judicial Department, YDH Toh Seri Bijaya Lt. Col. (B) Dato 'Hj Shaharudin bin Haji Nazari, Orang Besar District Manjung, YDH Paduka Setia Dato’ Ir. Dr. Safry Kamal Bin Hj. Ahmad, Orang Besar District Mu'allim, Slim River, YDH Toh Muda Orang Kaya Kaya Seri Adika Raja Shahbandar Muda, Encik Meor Roslan Bin Dato’ Seri Hj. Meor Ahmad Rashidi, Orang Besar District Hulu Perak, and also SS Mufti of Perak Tan Sri Dato' Seri Dr. Hj. Harussani Bin Hj. Zakaria as Chairman of Rukyah Hilal Ramadan 1437H Committee.

The program began with reading the tahlil led by SS Tuan Hj. Zamri Bin Hashim, Deputy Mufti of Perak, followed by Ceramah Ramadhan delivered by Ustaz As'ad bin Awang as a guest speaker and he is a member of the Perak Fatwa Committee. The next agenda is a briefing new moon of Ramadhan delivered by Head of the Astronomy Division of the Perak State Mufti Department Ustaz Mohd Faizal Bin Jani.

The observation of the new moon starting at 7.00 pm. After doing rukyah, Perak Mufti Tan Sri Dato' Seri Dr. Hj. Harussani Bin Hj. Zakaria recorded visibility of the new moon reported to the Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja around 7.45pm via mobile phones has been provided by Telekom Malaysia (TM). This year new moon of Ramadhan was invisible. Then Tan Sri Mufti announced that the the new moon is not visible through the speakers supplied. Maghrib prayers performed together with the guests, followed by dinner.

Upon completion of the announcement of the Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, which may be the start of Ramadhan on June 6, 2016, the program continued with Solat Isyak and Solat Sunat Terawih. Solat Sunat Terawih are conducted by 20 rakaat as recommendations Sultan of Perak.

The session ended with a late night drink provided by the organizers after Solat Sunat Terawih. Perak Mufti Tan Sri Dato' Seri Dr Haji Harussani bin Haji Zakaria is very satisfied with the presence of guests and the smooth running of this event and hope that this performance can be maintained and even enhanced in the future.

rukyah

rukyah

rukyah

rukyah
Sumber: Unit Pusat Sumber, Bahagian Maktabah JMNPK.
  • 1
  • 2