n9 KUALA KANGSAR - 24 & 25 Julai 2019 (Rabu – Khamis). Seminar Dan Tafaquh Falak Negeri Perak telah diadakan di Dewan Serbaguna Universiti Sultan Azlan Shah (USAS). Program seminar ini juga adalah anjuran bersama Kolej Komuniti Chenderoh, Jabatan Mufti Negeri Perak, dan Masjid Raja Permaisuri Bainun, Universiti Sultan Azlan Shah (USAS), Kuala Kangsar

Majlis Perasmian telah dirasmikan oleh Tan Sri Dato’ Dr. Nordin bin Kardi, Naib Canselor USAS pada 24 Julai 2019 pada jam 9.30 pagi. Program seterusnya adalah seminar falak yang bermula pada 10.30 pagi. Beberapa sesi pembentangan telah dibentangkan oleh jemputan-jemputan seperti S.F. Dr. Haji Mohd Fahmi bin Abdul Khir, AJK Falak Negeri Perak yang membentangkan tajuk ‘Menghayati Alam Semesta Menerusi Keagungan Al-Quran’, seterusnya pembentangan daripada Prof. Madya Dr. Abdul Halim bin Abdul Aziz, Panel Pakar Falak JAKIM, dengan tajuk ‘Merungkai Isu-isu Viral Falak : Antara Fakta dan Auta’ dan pembentang terakhir adalah S.F. Ustaz Haji Hanafiah bin Abdul Razak, Panel Pakar Falak JAKIM, yang membawa tajuk ‘Menyelusuri Kegemilangan Ilmu Falak Dalam Sejarah Islam.

Selesai jamuan makan tengahari dan solat zohor, acara diteruskan dengan sesi rumusan dan soal jawab bermula jam 2.30 petang dan pameran yang berlangsung bermula 8.30 pagi sehingga jam 4.30 petang pada hari pertama. Pada hari kedua (25.7.2019 - khamis) telah berlangsung program Tafaquh Falak: Pengajian Kitab Sabil al-Muhtadin Oleh S.F. Ustaz Haji Hanafiah bin Abdul Razak, Panel Pakar Falak JAKIM yang bermula daripada 8.30 pagi sehingga 12.30 tengah hari dan majlis bersurai. Kertas kerja boleh dimuat turun di laman web ini pada pautan berikut: Kertas Kerja Tafaquh Falak 2019

1 2 3

Sumber: Bahagian Maktabah, Jabatan Mufti Negeri Perak.

Cetak Emel