Apakah hukum memainkan lagu-lagu hari raya pada Majlis Sambutan Hari Raya atau di tempat-tempat awam atau di majlis keraian?

Pada asalnya tiada larangan bagi orang Islam untuk merayakan dan meraikan hari raya dengan permainan dan nyanyian kerana meraikan hari kemenangan, kebahagiaan dan hari kita kembali pada fitrah setelah melakukan ibadat puasa di bulan Ramadhan. Berdasarkan hadith dari Aisyah RA:
Maksud: “Abu Bakar pernah masuk menemui kami pada hari raya, sedang bersama kami dua orang wanita sedang bernyanyi-nyanyian ‘Bu’ats’ di mana Rasulullah sedang menghadapkan mukanya ke dinding. Kemudian, Abu Bakar masuk lalu berkata: Seruling syaitan berada di samping Nabi! Maka Rasulullah berpaling dan berkata kepada Abu Bakar: Qahai Abu Bakar, sesungguhnya setiap kaum itu mempunyai hari raya dan inilah hari kegembiraan bagi kita.” (H.R. Bukhari)
Dengan syarat, kita tidak lalai dan lagha dalam mengingati Allah dan mengabaikan ibadah kepadaNya.
                              



Cetak Emel