Pencapaian Piagam Pelanggan Jabatan Mufti Negeri Perak Bagi Tahun 2019
(Sehingga 31 Oktober 2019)


Kami berikrar dengan izin Allah untuk :


Bil. Piagam Pelanggan
Pengukuran Pencapaian 2019
(Sehingga 31 Oktober 2019)
Peratusan / Pencapaian
1. Mengeluarkan fatwa untuk masyarakat terutama yang berkaitan isu semasa secara lengkap dan jelas. Mesyuarat Ahli Jawatan Kuasa Fatwa telah ditetapkan sekurang-kurangnya 4 kali setahun (3 bulan sekali).

50%

Mesyuarat Fatwa Bil. 2/2019 pada 4 hingga 6 Oktober 2019 di Hotel Copthorne,Pulau Pinang.

2. Melahirkan guru-guru yang berkelayakan, bertauliah dan memenuhi spesifikasi pengujian yang telah ditetapkan. Melaksanakan peperiksaan tauliah terhadap calon-calon yang memohon sekali setiap tahun.

100%

Tiada

3. Mengukur dan mengesahkan permohonan arah kiblat di masjid, surau dan tapak perkuburan. Permohonan pengesahan arah kiblat diproses dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh penerimaan permohonan, iaitu maklumbalas penerimaan permohonan dalam tempoh 3 hari, dan proses pengesahan dalam tempoh 11 hari berikutnya.

100%

0 Permohonan

4. Menjalankan cerapan hilal Ramadan, Syawal dan Zulhijjah bagi penetapan puasa dan hari raya. Cerapan hilal dilakukan sekurang-kurangnya 3 kali setahun, iaitu bagi bulan Ramadhan, Syawal dan Zulhijjah.

66%

Tiada

5. Membentuk dan menyediakan bahan-bahan rujukan ilmiah kepada masyarakat. Menyelaras dan menerbit sekurang-kurangnya 2 buah buku/risalah kepada masyarakat setiap tahun. Tiada
6. Menganjurkan program-program jabatan bersama masyarakat dalam memberi khidmat nasihat berkaitan isu-isu semasa. Melaksanakan program-program tersebut sekurang-kurangnya 2 kali setahun.

100%

11 - 13 Oktober - Liqa Mahabbah (Sukan Mufti Semalaysia)

Cetak Emel