Latar Belakang
Antara tugas dan tanggungjawab Jabatan Mufti Negeri Perak adalah untuk menerbitkan
takwim ibadah bagi negeri Perak pada setiap tahun hijriah. Disamping itu, jabatan ini turut
berperanan menentukan dan mengesahkan arah kiblat serta menyelesaikan masalah
berkaitan dengan ilmu falak.
Jawatankuasa Falak Negeri Perak
Mesyuarat Jawatankuasa Falak Negeri Perak akan bersidang 3 kali setahun. Ianya
dipengerusikan oleh Sahibus Samahah Timbalan Mufti Negeri Perak, manakala ahli bagi
mesyuarat ini terdiri daripada Ahli Akademik, Tokoh Agama atau Ilmu Falak, Jabatan Ukur dan
Pemetaan Negeri Perak, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Institut Tanah Ukur Negara dan
Kolej Komuniti.
Fungsi Jawatankuasa Falak Negeri Perak
- Mengesahkan dan memperakui takwim waktu ibadah umat Islam;
- Membincangkan isu dan hal hukum syarak yang berkaitan dengan bidang falak ataupun astronomi;
- Menentukan dan membincangkan mengenai perihal urusan cerapan rasmi dan kenampakan hilal (anak bulan) bagi penentuan awal bulan Ramadhan, Syawal dan Zulhijjah;
- Memberi nasihat dan pandangan mengenai aktiviti falak yang diadakan di negeri Perak.
Asas Pertimbangan
- Isu-isu berbangkit yang berkaitan ilmu falak akan dibincangkan di peringkat Jawatankuasa
Falak Negeri Perak untuk perlaksanaan atau sebagai rujukan Mesyuarat Jawatankuasa Falak Negeri Perak.
- Jabatan Mufti Negeri Perak berperanan mengeluarkan taqwim hijri waktu ibadah solat
bagi Negeri Perak. Oleh demikian, pengesahan data dan maklumat yang berkaitannya
perlu disemak serta diakui oleh Jawatankuasa Falak Negeri Perak sebelum ianya diguna
dan diterbitkan.
- Jawatankuasa ini terlibat secara tidak langsung dalam mencadangkan dan memantau
aktiviti falak serta kajian di Baitulhilal, Pantai Pasir Panjang, Seg.